Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Deria campur aduk Billie Eilish sumber ilham minyak wangi ‘Eilish’

Jan 12, 2025 | 5:30 AM
Billie Eilish membesar dengan sinestesia iaitu keadaan neurologi, yang mana kesan penerimaan derianya bercampur aduk, menjadikan pengalaman menghidu minyak wangi sebagai sesuatu yang unik dan luar biasa.
Billie Eilish membesar dengan sinestesia iaitu keadaan neurologi, yang mana kesan penerimaan derianya bercampur aduk, menjadikan pengalaman menghidu minyak wangi sebagai sesuatu yang unik dan luar biasa. - Foto INSTAGRAM CAMRAFACE

Haruman yang dinamakan sebagai Eilish, secara tepat, menggambarkan penyanyi dan penulis lirik muda dari Amerika Syarikat, Billie Eilish, dengan perwatakannya yang mesra dengan peminat, bertimbang rasa dan bersahaja.

Secara luaran, pelancaran minyak wangi selebriti versi pertama dan kedua pada 2021 dan 2022 ini mungkin sekadar tambahan dalam senarai panjang produk haruman selebriti yang sedia ada di pasaran. 

Namun, sebagai seorang artis, Eilish, 24 tahun, sentiasa melihat dunia dengan cara yang berbeza daripada orang lain.

Keunikan pelantun lagu Birds Of A Feather ini terserlah bukan sahaja melalui karyanya, bahkan dari gaya pemakaiannya dan pilihan warna rambutnya yang mencuri perhatian.

Menariknya lagi, hal ini justeru sangat ketara dalam dunia haruman kerana Eilish membesar dengan sinestesia, satu keadaan neurologi yang agak jarang berlaku, yang mana kesan penerimaan derianya bercampur aduk.

Justeru, ia menjadikan pengalaman menghidu bau minyak wangi sebagai sesuatu yang unik dan luar biasa baginya.

“Mengalami sinestesia merupakan pengalaman yang menarik, tetapi pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak membawa maksud apa-apa.

“Pada asasnya, ia bermakna anda mengaitkan sesuatu dengan perkara lain. Sebagai contoh, setiap wangian yang saya hidu mempunyai warna, suhu dan rasa tersendiri. 

“Jika saya mahu, ia juga boleh dikaitkan dengan bulan, hari atau waktu tertentu. 

“Saya mengaitkan segala-galanya dengan sesuatu yang berlainan. Walaupun pengalaman ini tidak mempunyai makna yang mendalam, ia tetap memberi inspirasi kepada saya khususnya dalam kerja seni saya,” kata Eilish dalam satu wawancara bersama laman Popsugar.

Minyak wangi Eilish ialah gabungan padu bahan vanila, kacang tonka dan kasturi – atau seperti yang digambarkan Eilish ia persis “karamel yang cair seperti gula yang terbakar”.

Botol minyak wangi berkenaan diilhamkan daripada susuk tubuh manusia iaitu bahagian dada, leher dan tulang selangka. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg