Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Destinasi bulan madu luar biasa ke Macau dan Hong Kong

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Berasa Macau untuk destinasi berbulan madu agak luar biasa?

Namun, negeri China itu menjadi destinasi yang kami tempah tanpa teragak-agak kerana kami tidak pernah ke sana dan terdapat promosi tiket penerbangan ke Macau – beli satu, dapat satu!

Apabila pertama kali mendengar Macau, ramai yang akan mungkin segera terfikir tentang kasino tetapi terdapat begitu banyak tempat lain untuk diterokai!

Macau menjadi destinasi menarik yang menawarkan kekayaan budaya, warisan dan setelah dikaji, kami mendapati bahawa dengan menaiki feri selama sejam, kami juga boleh ke Hong Kong!

Hong Kong pula menjadi satu lagi destinasi yang belum kami terokai dan setahu saya, ia menawarkan tempat-tempat makanan hebat bagi masakan Cina. 

Walaupun bukan ke destinasi yang biasa pasangan menikmati masa bersama di tepi pantai ataupun tempat-tempat romantis, tujuan utama kami adalah bajet yang berpatutan serta lokasi baru untuk meneroka bersama.

Sebaik sahaja kami keluar pesawat, terasa bahang yang lebih hangat dari Singapura. Maklumlah, kami ke Macau bukan pada musim sejuk. Walaupun panas, udara di sana tidak lembap seperti Singapura dan ia mengambil masa lebih lama sebelum kami mula berpeluh.

Perjalanan ke hotel amat mengagumkan dan tidak terhenti mengatakan “Wah!”

Daripada seni bina yang menakjubkan dan pemandangan yang indah, bandar Macau cantik dengan bangunan-bangunan besar yang bermandi cahaya. Macau, yang sering disebut sebagai ‘Las Vegas of Asia’, terkenal dengan kasino glamor dan resort mewah.

Tetapi di sebalik ‘glitz dan glamor’, Macau juga mempunyai warisan budaya yang kaya.


Lebih daripada itu, Macau cantik dengan kawasan seperti The Londoner, Parisian dan Venetian, dengan seni bina monumen mercu tanda seperti Big Ben dan menara Eiffel dibina untuk pelancong alami.







Seni binanya sangat mirip dengan yang tulen di negara masing-masing. Bolehlah kami angan-angan seperti di Venice dengan gondola, di Paris bersama menara Eiffel dan di London melihat Big Ben. 

Tidak kira pagi atau malam, pemandangan di Macau sangat menawan. Tempatnya bersih, luas, pokok dan rumput segar dan rapi. 

Selain itu, Macau dan Hong Kong tidak mengenakan cukai.

Maka itu, ia menjadi tempat membeli-belah yang menyeronokkan.

Daripada jenama yang terkenal dan mahal hingga ke kedai-kedai biasa, semuanya ada di Macau.

Bagi jenama mewah pula, apabila dibandingkan harga beg tangan misalnya  Bottega Veneta, harganya sekitar $300 lebih murah berbanding di Singapura. 

Selain itu, Macau juga adalah Tapak Warisan Dunia Unesco, gabungan pengaruh Cina dan Portugis.

Oleh kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat meneroka kuil-kuil purba, berjalan-jalan di sepanjang jalan Cobblestone, dan melawat mercu tanda ikonik seperti runtuhan St Paul dan Menara Macau. 

Perjalanan feri yang singkat dari Macau ke Hong Kong berharga sekitar $25 – metropolis sibuk yang menggabungkan tradisi dan moden.

Pemandangan dan suasana di Hong Kong berbeza daripada Macau. Hong Kong mempunyai banyak bangunan pencakar langit tetapi tidak semewah Macau.







Bersiar-siar di sepanjang jalan bintang di Tsim Sha Tsui atau menaiki kereta kabel yang indah ke Victoria Peak, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan pelabuhan yang indah.

Hong Kong terkenal dengan tawaran membeli-belah dan hiburan, menjadikan destinasi impian untuk pasangan. Tetapi, di Hong Kong, kami memburu makanan halal masakan Cina. 







Dim sum, kari daging versi Cina, nasi itik, pankek daun bawang dan banyak lagi. 

Dalam pada itu, kami juga mengunjungi masjid di Hong Kong yang menawarkan makanan halal di kantinnya untuk orang Islam. 







Sejujurnya, tidak sukar mencari makanan halal di Hong Kong dan jika anda melancong ke sana, anda harus singgah ke kedai makan Wai Kee di Bowrington Road untuk menikmati nasi itik dan kari kambing. Itulah nasi itik yang paling sedap pada pandangan saya. 

Tidak cukup satu! Saya bungkus satu paket lagi untuk makan di hotel.

Selain makanan, terdapat pelbagai pasar malam di Hong Kong untuk dikunjungi jika ingin membeli oleh-oleh.

Kami tidak berbelanja banyak di Hong Kong selain untuk makanan.

Pengangkutan awam di Hong Kong juga sangat mudah dikemudi. Kereta apinya amat mirip dengan kereta api kita di Singapura – tidak mengelirukan dan tambang pengangkutan awam juga berpatutan.







Kesimpulan, Macau dan Hong Kong menyediakan destinasi bulan madu yang ideal dengan gabungan budaya, kemewahan dan pengalaman yang unik.

Daripada sudut sejarah, Macau hingga ke latar langit moden dan jalan raya yang sibuk di Hong Kong, kami berdua mampu mencipta kenangan yang akan dipahat dalam ingatan kami seumur hidup.

Dengan tarikan yang pelbagai, Macau dan Hong Kong benar-benar menawarkan pengalaman bulan madu yang tidak dapat dilupakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >