Musim cuti sekolah Jun sudah bermula, dan ramai keluarga kini merancang percutian singkat ke destinasi serantau yang menawarkan pengalaman bermakna.

Selain aktiviti untuk anak-anak, ibu bapa kini lebih mengutamakan penginapan yang menawarkan ketenangan dan ruang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Sama ada mendambakan ketenangan pantai atau santai di bandar, beberapa hotel di rantau ini kini menyediakan kemudahan dan program khusus bagi memenuhi keperluan keluarga.

Kumpulan IHG Hotels & Resorts, misalnya, menawarkan beberapa destinasi mesra halal yang cukup ideal untuk percutian kali ini.

Bintan: Belajar sambil meneroka alam semula jadi

Holiday Inn Resort Bintan Lagoi Beach menjanjikan pengalaman unik menerusi Mangrove House Kids Club, yang direka khusus dengan inspirasi alam semula jadi.

Kelab ini menawarkan pelbagai aktiviti harian buat kanak-kanak berusia satu hingga 12 tahun, daripada kelas memasak dan seni kraf, hinggalah sesi STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) serta malam tayangan filem keluarga.

Lokasinya yang strategik berdekatan kawasan permainan air, dengan bilik yang menawarkan akses terus ke kolam renang, membolehkan kanak-kanak menikmati keseronokan darat dan air dengan bebas.

Sementara si kecil leka bermain, ibu bapa pula boleh menikmati ketenangan di spa, melakukan aktiviti sukan air, atau kekal aktif di pusat kecergasan resort.

Holiday Inn Resort Bintan Lagoi Beach menawarkan pelbagai aktiviti harian untuk keluarga, tidak jauh dari Singapura.
Holiday Inn Resort Bintan Lagoi Beach menawarkan pelbagai aktiviti harian untuk keluarga, tidak jauh dari Singapura. - Foto HOLIDAY INN RESORT BINTAN LAGOI BEACH
Mangrove House Kids Club yang direka berinspirasikan alam semula jadi menawarkan aktiviti harian untuk kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun.
Mangrove House Kids Club yang direka berinspirasikan alam semula jadi menawarkan aktiviti harian untuk kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun. - Foto HOLIDAY INN RESORT BINTAN LAGOI BEACH

Phuket: Percutian penuh kreativiti dan budaya

Dinso Resort & Villas Phuket (Vignette Collection) menampilkan Jungle Kids Club, sebuah ruang meriah yang direka untuk mencetuskan imaginasi kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti interaktif.

Anak-anak boleh mencuba pengalaman unik seperti menghias kek cawan, kelas memasak Thai, snorkeling, serta sesi Muay Thai yang penuh aksi.

Gabungan elemen kreativiti, budaya, dan aktiviti fizikal ini menjanjikan percutian yang lebih bermakna buat seisi keluarga.

Sambil si kecil sibuk mencipta memori baharu, ibu bapa boleh bersantai di tepi kolam, menikmati kemudahan kesihatan, atau meneroka pantai-pantai ikonik Phuket yang hanya beberapa langkah dari resort.

Estetik Dinso Resort &Villas Phuket memang memukau, dengan 174 penginapan termasuk bilik hotel dan villa.
Estetik Dinso Resort &Villas Phuket memang memukau, dengan 174 penginapan termasuk bilik hotel dan villa. - Foto DINSO RESORT & VILLAS PHUKET, VIGNETTE COLLECTION
Ibu bapa boleh menempah perkhidmatan spa untuk berehat dan menenangkan diri.
Ibu bapa boleh menempah perkhidmatan spa untuk berehat dan menenangkan diri. - Foto DINSO RESORT & VILLAS PHUKET, VIGNETTE COLLECTION
Bilik permainan tersedia untuk si kecil, dan pelbagai aktiviti juga diadakan sepanjang hari.
Bilik permainan tersedia untuk si kecil, dan pelbagai aktiviti juga diadakan sepanjang hari. - Foto DINSO RESORT & VILLAS PHUKET, VIGNETTE COLLECTION

Pattaya: Kelab kanak-kanak berskala besar

Holiday Inn Pattaya, yang terletak berhampiran pantai ikonik Pattaya, menawarkan ruang permainan luas berkeluasan 455 meter persegi.

Kids Club ini dilengkapi pelbagai zon interaktif termasuk bilik permainan melantun, aktiviti seni kraf, program pendidikan, serta taman air mini dan kolam renang keluarga yang pasti memikat hati anak-anak.

Dengan sokongan kakitangan terlatih serta pilihan perkhidmatan penjagaan bayi, ibu bapa boleh menikmati ketenangan jiwa sepenuhnya, yakin bahawa anak-anak sedang berseronok dalam persekitaran yang selamat dan aktif.

Dekorasi bilik kanak-kanak di Holiday Inn Pattaya pasti menarik perhatian si kecil.
Dekorasi bilik kanak-kanak di Holiday Inn Pattaya pasti menarik perhatian si kecil. - Foto HOLIDAY INN PATTAYA
Kids Club seluas 455 meter persegi yang dilengkapi pelbagai zon permainan interaktif, serta petugas penjagaan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.
Kids Club seluas 455 meter persegi yang dilengkapi pelbagai zon permainan interaktif, serta petugas penjagaan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak. - Foto HOLIDAY INN PATTAYA

Khao Yai: Pengembaraan keluarga bertemakan kereta api

Bagi keluarga yang mendambakan aktiviti berasaskan penerokaan, InterContinental Khao Yai Resort menyajikan Planet Trekkers Kids Club yang membawakan konsep pengembaraan cukup unik.

Kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun berpeluang menyertai pelbagai aktiviti harian yang menarik, termasuk seni kreatif menggunakan doh permainan dan gulungan kertas, serta lawatan berpandu untuk menyelami sejarah gerabak kereta api yang telah diubah suai secara estetik menjadi sebahagian daripada resort tersebut.

Selain itu, terdapat juga aktiviti mencari harta karun di sekitar kawasan tasik yang menjanjikan keriangan buat si kecil.

Apa yang lebih istimewa, sebahagian besar aktiviti ini direka untuk dilakukan bersama ibu bapa atau penjaga, sekali gus membuka ruang yang lebih luas bagi seisi keluarga untuk memupuk kemesraan dan meluangkan masa berkualiti dalam suasana yang penuh inspirasi.

Nikmati keindahan alam yang segar dan nyaman di Taman Negara Khao Yai.
Nikmati keindahan alam yang segar dan nyaman di Taman Negara Khao Yai. - Foto INTERCONTINENTAL KHAO YAI RESORT
Bilik-bilik hotel di sini mempamerkan dekor seakan dalam kereta api
Bilik-bilik hotel di sini mempamerkan dekor seakan dalam kereta api - Foto INTERCONTINENTAL KHAO YAI RESORT

Tempah awal untuk penjimatan lebih besar

Bersempena musim percutian ini, kumpulan IHG Hotels & Resorts menawarkan promosi istimewa pertengahan tahun yang tersedia sehingga 9 Jun bagi tempoh penginapan sehingga 20 Disember 2026.

Para pelancong berpeluang meraih potongan harga sehingga 20 peratus di rangkaian hotel terpilih, manakala ahli setia IHG One Rewards boleh menikmati penjimatan lebih eksklusif mencecah 30 peratus dengan melakukan tempahan terus menerusi saluran rasmi mereka.