Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS INDONESIA

Dian kembali sebagai ‘Gadis Kretek’

Aug 21, 2023 | 05:30 AM



Ramai peminat filem Ada Apa Dengan Cinta rindukan lakonan pelakon utamanya, Dian Sastrowardoyo, yang kini sudah mencecah usia 41 tahun.


Berita baik buat mereka adalah Dian diumumkan sebagai salah seorang pelakon siri Indonesia Netfflix, Gadis Kretek, bersama Putri Marino, Ario Bayu dan Arya Saloka.


Drama bersejarah terbitan Base Entertainment di Indonesia ini merupakan arahan Kamila Andini yang membawa filemnya, Before, Now & Then, ke Festival Filem Berlin. Seorang lagi pengarah Gadis Kretek adalah Ifa Isfansyah.


Gadis Kretek adalah sebuah novel karangan Ratih Kumala yang diterbitkan pada 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama. Novel ini disertakan sebagai penerima penghargaan Kusala Sastra Khatulistiwa pada 2012.


Gadis Kretek lebih banyak menggunakan penceritaan dibandingkan dengan dialog dan mengangkat budaya Jawa khususnya mengenai pergerakan kilang rokok kretek di Indonesia.


Siri drama ini akan mula bersiaran di Netflix pada 2 November.

Penonton dibawa meninjau kehidupan Dasiyah (lakonan Dian), wanita yang progresif dan memiliki nyala rasa untuk menyiapkan formula terbaik bagi rokok kretek. Beliau bertemu dengan Soeraja (Ario) dan jatuh cinta dengannya di sebalik latar bersejarah yang mencorak hidup mereka.

Berdekad selepas itu, Lebas (Arya Saloka), anak Soeraja bertemu Arum (Putri Marino) dan mereka bersama menjejak kisah silam pergerakan kilang kretek itu dan menyelongkar rahsia yang tertanam.

Watak Dian menjadi sasaran ramai kerana dirinya dipaparkan sebagai wanita yang merebut cinta suami orang, atau mengikut slanga yang digunakan kini ‘seorang penyondol’.

Namun, ramai yang menyaksikan treler siri drama ini termasuk isteri-isteri menteri di Indonesia memuji lakonan Dian yang bersahaja dan ada unsur-unsur pemerkasaan wanita yang cuba diketengahkannya.

Base Entertainment berbesar hati dapat merealisasikan impian ramai mengetengahkan cerita yang menarik ini lebih-lebih lagi jika ia berakarkan kisah Indonesia dan sejarahnya yang boleh dikaitkan dalam kehidupan ramai.

Kamila pula menambah: “Gadis Kretek ini menggambarkan perubahan sejarah tentang rokok kretek dan bagaimana ia mengubah kehidupan insan yang terbabit termasuk kisah cinta yang meninggalkan kesan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >