Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diana Danielle pernah 11 kali pindah rumah semasa kanak-kanak

Jul 22, 2024 | 2:09 PM
Diana Danielle kongsi jerih perih membesar dengan seorang ibu tunggal dalam ‘Debonair Podcast’.
Diana Danielle kongsi jerih perih membesar dengan seorang ibu tunggal dalam ‘Debonair Podcast’. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE DEBONAIR PODCAST

Semasa muda, Diana Danielle terpaksa berpindah-randah sebanyak 11 kali – tiada rumah, wang, makanan dan terpaksa menumpang rumah orang.

Itulah yang dialami pelakon wanita popular itu, yang pernah hidup dalam kesusahan ketika zaman kanak-kanak.

Diana, 33 tahun, berkata, beliau hidup bersama ibunya yang juga ibu tunggal.

“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.

“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan berusia sekitar 10 hingga 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan kehilangan perniagaan.

“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 ($0.28) pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon dengan lebih serius,” katanya menerusi podcast di YouTube, Debonair Podcast, kendalian peragawati Malaysia, Deborah Henry.

Pengalaman hidup itulah yang menjadikan pelakon filem, Imaginur, itu lebih mensyukuri hidup seadanya tanpa mengejar kebendaan semata-mata, lapor Berita Harian Malaysia

“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.

“Disebabkan itulah, saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan masyarakat terhadap kita,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg