Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Didie Alias kumpul dana, bantu anak Amyza Aznan rawat barah

Feb 18, 2025 | 4:57 PM
Didie Alias merancang mengumpul dana bagi meringankan kos perubatan anak sulung pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail, yang dikesan menghidap barah paru-paru tahap tiga, dan memerlukan pembedahan.
Didie Alias merancang mengumpul dana bagi meringankan kos perubatan anak sulung pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail, yang dikesan menghidap barah paru-paru tahap tiga, dan memerlukan pembedahan. - Foto FACEBOOK DIDIE ALIAS

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 

Begitulah pendirian pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Didie Alias, 53 tahun, apabila mendapat tahu teman seperjuangan dalam dunia hiburan, Amyza Aznan, 50 tahun, dilanda ujian berat.

Baru-baru ini, anak lelaki Amyza, Andre Mikail, 19 tahun, disahkan menghidap barah paru-paru tahap tiga dan perlu menjalani pembedahan.

Mendengar khabar tersebut, Didie merancang untuk mengumpulkan dana bagi meringankan kos pembedahan Andre.

Sebelum itu, Didie meluahkan simpati terhadap keadaan anak sahabatnya, Amyza, melalui satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau berkata: “Ya Allah, Ya Tuhanku, aku mohon keajaiban dan kesembuhan buat Andre Mikail. Mummy (Didie) mohon semua yang baca ini mendoakan agar anak kami, Andre Mikail, diberi kesembuhan.”

Terdahulu, Amyza berkongsi mengenai keadaan anaknya, Andre, di wadah Threads.

Beliau memaklumkan air dari paru-paru anaknya sudah memasuki jantung, manakala paru-paru sebelah kanan pula sudah tidak lagi berfungsi.

Sebelum ini, Amyza sekeluarga tidak menyangka sakit yang dialami oleh Andre adalah serius. 

Sebagai seseorang yang aktif bersukan, Amyza menganggap ia hanyalah sakit otot biasa.  

Andre sebenarnya mengadu sakit bahu selama sebulan lebih dan telah beberapa kali ke klinik untuk mengambil ubat penahan sakit dan menjalani pemeriksaan lain.

Bagaimanapun, sakit yang dialaminya tidak jua reda. 

Andre mula mengalami gejala lain seperti demam, batuk berpanjangan dan sesak nafas ketika berjalan.

Doktor kemudian mengesahkan terdapat ketumbuhan pada paru-paru anaknya selepas Andre menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital, kata Amyza kepada BHM.

Kini, anak pelakon itu dirawat di hospital di Ampang, Malaysia.

Sementara itu, Didie sudah berbincang dengan pelakon filem, Mat Kilau, Ellie Suriaty Omar, 53 tahun, agar membuat kutipan sumbangan bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung Amyza sekeluarga.

“Amyza menghubungi saya untuk memberitahu keadaan Andre yang sudah disahkan doktor pakar menghidap barah paru-paru tahap tiga. 

“Andre dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) dan perlu menjalani pembedahan.

“Pada masa yang sama, Ellie yang turut melawat Andre di hospital sebelum ini ada menghantar DM atau mesej langsung kepada saya untuk menguar-uarkan kutipan bersama rakan artis dan kawan-kawan rapat.

“Kutipan itu akan disalurkan terus ke akaun milik Andre. 

“Justeru, kepada rakan artis dan kawan rapat yang berhasrat membantu daripada segi kewangan, boleh berhubung terus dengan saya dan Ellie segera,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg