Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Dihibur dengan keindahan bahasa, cerita lama

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



KELAINAN menghadiri konsert 'orang lama' kebiasaannya adalah perkongsian cerita dulu-dulu yang mencuit hati, menyedihkan hingga menitis air mata mahupun yang dapat mencetus iktibar.



Inilah kesan menyaksikan konsert mini Abang Pulang, Singapura! yang menampilkan penyanyi dari seberang, Datuk Malek Ridzuan, 65 tahun, di Studio Recital Esplanade sempena program nostalgia anjuran Esplanade, A Date With Friends, hujung minggu lalu.



Lebih daripada nostalgia membesar pada tahun 1980-an yang kembali menerawang di fikiran, konsert ini juga menekankan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam penulisan lirik dan pelbagai unsur kebudayaan lain dalam muzik.



Konsert dibuka dengan lagu Abang Pulang dengan lirik yang cukup unik dan terpahat dalam ingatan seperti 'ayam itik bertempiaran pasti 'kan menjadi korban' atau 'rasa kekok duduk makan dengan bakal Pak Mertua...sopan berbahasa itulah budaya kita'.



Kata Malek, lagu itu sebenarnya dicipta bukan untuk musim Lebaran tetapi seperti lagu Datuk Sudirman, Balik Kampung, ia 'terjebak' menjadi lagu yang diputar pada Hari Raya.



"Semua kerana ada sebut tentang nak sembelih ayam!" selorohnya.



Malek menyampaikan beberapa lagunya yang hingga ke hari ini kekal malar segar seperti Kelip-Kelip Ku Sangka Api dan Sudah Suratan.



Beliau mengusik kaum Hawa dengan menyatakan kebanyakan daripada mereka payah melepaskan kenangan silam dan kadangkala mengungkit apa yang dilakukan kaum Adam dalam hubungan suami isteri.



Interaksinya dengan penonton mesra dengan memberitahu mereka agar bebas berhibur untuk merakam 'selfie' bersamanya atau jika ingin menari.



Kelip-Kelip Ku Sangka Api juga lagu yang kaya dengan lirik puitis lagi menggunakan peribahasa sebagai pedoman hidup.



Misalnya, 'Berakit, berakitlah ke hulu; Berenang, berenang ku ketepian; Bersakit, biar ku sakit dahulu; Bersenang denganmu kemudian'.



Walau jarang didengar, lagu baru Malek, Dalam Perjalanan, yang mempunyai irama ala lagu rok 'tangkap lentok' kedengaran lunak didengar dek suaranya yang masih muda walau sudah berusia matang dan warga emas.



Beliau juga menyampaikan dua lagu artis lain yang menyentuh kalbu iaitu Berita Kepada Kawan (nyanyian asal Ebiet G. Ade) dan Barang Yang Lepas Jangan Dikenang (Tan Sri P. Ramlee).



Kededua lagu ini sudah cukup sampai di hati dengan kesan emosi dan penghayatan Malek yang menyentuh sanubari.



Tirai persembahan ditutup dengan lagu ikoniknya Cukup Sampai Di Sini walau ramai yang masih belum cukup dihiburkan selepas sejam dibuai dengan lagu lama.



Malek juga menyingkap beberapa kisah ketika beliau menetap di Singapura untuk membina kerjaya seninya selama lima tahun sekitar tahun 1980-an.



"Yang banyak bantu saya adalah Abang Razzi M. Saya masih ingat studio di kawasan Chinatown atau People's Park Complex milik Abang Razzi. Masa tu kita tak bergiat di Esplanade...mungkin pusat seni ini belum dibuka tetapi kita memang aktif di Sentosa," katanya.



Abang Pulang, Singapura! semestinya meninggalkan cendera hati berupa nostalgia buat kami yang pulang dengan hati senang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >