Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Disneyland bakal dibuka di Abu Dhabi

May 10, 2025 | 2:06 PM
Lakaran ilustrasi taman bertema Disneyland, yang akan dibuka di Pulau Yas, Abu Dhabi.
Lakaran ilustrasi taman bertema Disneyland, yang akan dibuka di Pulau Yas, Abu Dhabi. - Foto THE WALT DISNEY COMPANY

DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) bersedia menjadi tuan rumah taman bertema Disney pertama di Timur Tengah, dengan pembinaan Disneyland Abu Dhabi disahkan untuk Pulau Yas.

Bagaimanapun, tarikh pembukaan rasmi Disneyland Abu Dhabi ini masih belum didedahkan, lapor laman Arab News.

Projek ini adalah kerjasama antara Miral, pemaju hiburan yang berpangkalan di Abu Dhabi, dengan The Walt Disney Company.

Setelah siap, ia akan menjadi destinasi sejagat ketujuh Disney, sebagai tambahan pada taman bertemanya di California, Florida, Tokyo, Paris, Hong Kong dan Shanghai.

Resort baru itu akan dibangunkan dan dibina oleh Miral, manakala Disney akan mengendalikan reka bentuk kreatif, pembangunan tarikan dan perancangan pengalaman pengunjung secara keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Walt Disney Company, Encik Robert Iger, berkata dalam satu kenyataan:

“Ini adalah peluang luar biasa bagi Disney untuk membawa penceritaannya yang terkenal ke rantau lain di dunia dengan pengalaman taman bertema yang benar-benar baru, yang akan menjadi keajaiban budaya, hiburan dan teknologi.”

Pengerusi Disney Experiences, Encik Josh D’Amaro, pula berkata:

“Konsep untuk resort ini melewati sempadan reka bentuk taman bertema yang biasa, mempamerkan teknologi perintis dan seni bina berwawasan, termasuk istana moden, tidak seperti apa yang pernah kami cipta.”

Selebriti antarabangsal seperti Naomi Campbell, Nancy Ajram dan Ed Westwick menyertai sambutan di Pulau Yas, yang diadakan bagi pengumuman berita mengenai taman bertema ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg