Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dr Say kait kemenangan kepada ‘otak’ isteri, beliau hanya penggerak

Mar 4, 2024 | 5:30 AM
Dr Say Shazril, yang merangkul anugerah bergambar bersama isterinya, Dr Azura Abas.
Dr Say Shazril, yang merangkul anugerah bergambar bersama isterinya, Dr Azura Abas. - Foto INSTAGRAM SAY_SHAZRIL

PUTRAJAYA: Pempengaruh dan pengacara, Dr Say Shazril, terkejut apabila isteri beliau, Dr Azura Abas, menitiskan air mata saat dirinya diumumkan sebagai pemenang, Pencipta Bahan Kandungan (Motivator) Tergempak pada Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23) pada 25 Februari.

Pemilik nama Muhammad Shazril Shaharuddin itu berkata keadaan tersebut adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan suri hatinya itu seorang individu berjiwa kental serta sukar menunjukkan emosi kepada orang umum.

“Isteri yang menyemak semua kandungan sebelum saya muat naik dalam media sosial. Kiranya beliau sebagai otaknya, manakala saya hanya menjadi penggerak.

“Kebanyakan inti pati yang saya kongsikan adalah menerusi hasil bacaan dan kajian kami bersama,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 Februari.

Pada masa yang sama, pempengaruh berusia 36 tahun itu turut menitipkan pesanan kepada golongan muda yang berminat menjadi pencipta kandungan agar usah berhenti menimba ilmu dengan mengutamakan pelajaran.

“Hari ini semua orang mahu menjadi pencipta kandungan, mahu jadi terkenal sehingga ada yang berhenti belajar atau enggan menyambung pengajian.

“Kita kena realistik, yang berjaya mungkin 1 peratus. Kena angkat kandungan yang beri manfaat sebab ilmu membolehkan kita bijak memilih kandungan, mampu kendalikan emosi serta tidak cepat melatah,” ujarnya dalam dalam laman web, Kosmo! Online.

Selain kategori, Pencipta Bahan Kandungan (Motivator), terdapat lapan lagi anugerah yang dipertandingkan dengan 100 peratus undian peminat termasuk trofi utama GMWA23 yang dimenangi pelakon, Anna Jobling.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg