Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Drama S’pura mampu maju di peringkat antarabangsa dengan kerjasama serantau

Sep 29, 2023 | 05:32 AM



Drama ‘Operandi Gerhana’ – projek yang boleh dibanggakan – dan petanda bagaimana drama Melayu Singapura mencipta kejayaan dengan kerjasama serantau untuk wadah penstriman antarabangsa Netflix.

Drama bertemakan jenayah sebanyak enam episod yang ditulis dan diarahkan oleh penggerak Infinite Studios, Mike Wiluan, menonjolkan era gelap Singapura pada 1955.

Ia menampilkan kisah banyak kumpulan samseng yang terlibat dalam pelbagai jenayah seperti perjudian, penjualan dadah dan pelacuran.

Topik-topik larangan sebegini jarang dijadikan inti pati drama secara terbuka dan disiarkan di televisyen Singapura.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan kandungan bermutu yang menarik minat khalayak ramai di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Bagi saya, drama bukan sahaja penting untuk menghiburkan penonton bahkan perlu mendidik penonton tentang isu sosial dan negara yang sering diabaikan.

Pengarah ‘Operandi Gerhana’ ataupun Phantom Squad, Mike, amat bersyukur kerana Mediacorp mengambil langkah berani untuk memilih genre unik ini dan tiada masalah dengan proses kreatif tersebut dan menerimanya dengan sepenuh hati.


Beberapa keluhan yang biasa didengar stesen televisyen tempatan daripada penonton dan warganet termasuk kekurangan plot asli, jenaka murahan atau ‘cheesy jokes’ serta wajah lama yang sama dalam diulang-ulang bagi drama demi drama.

Namun, setelah berpeluang melawat set penggambaran ‘Operandi Gerhana’ di Batam, Indonesia, banyak penyelidikan dan kerja keras yang dapat dilihat diusahakan untuk merealisasikan era Singapura pada 1950-an demi meneroka konsep baru yang tidak selalu diterokai.

Sebagai golongan penonton dari generasi muda yang mudah bosan dengan drama tempatan penuh klise, saya tertarik dengan ‘Operandi Gerhana’ yang menawarkan plot unik, asli dan pastinya membuatkan saya teruja dan menanti penuh debaran.

Pada masa yang sama, saya dapat menyelami bagaimana Singapura kelihatan pada era 1950-an.

Dengan lebih banyak rancangan seperti itu, rancangan tempatan akan terus mencipta kejayaan dan memenangi hati kededua penonton lebih berusia mahupun lebih muda.

Penonton juga harus lebih bersikap terbuka dengan konsep rancangan yang baru demi menyokong stesen televisyen tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >