Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Operandi Gerhana’ ketengah era kongsi gelap S’pura pada 1950-an

Sep 29, 2023 | 05:31 AM



Pembikinan drama ‘Operandi Gerhana’ atau pun Phantom Squad diinspirasikan sejarah Singapura yang penuh dengan kisah gelap dan berbahaya berlatarkan 1955.


Pada era 1950-an, banyak kumpulan kongsi gelap terlibat dengan pelbagai jenayah seperti perjudian, penjualan dadah dan pelacuran.

Drama thriller jenayah Melayu Mediacorp terkini itu membongkar kisah konstabel polis yang ditugaskan untuk menyiasat penculikan salah seorang pegawai kanan mereka.

“Kami sentiasa melihat banyak kandungan tentang era 1965 dan tahun-tahun seterusnya.

“Tetapi bagaimana dengan tahun-tahun sebelum itu? Jadi saya banyak membuat kajian tentang Phantom Squad yang wujud dan benar-benar ada di Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Infinite Studio, dan penulis serta pengarah ‘Operandi Gerhana’, Mike Wiluan, dalam pertemuan dengan Berita Harian di lokasi penggambaran sekitar Batam.


Mike yang merupakan penerbit filem Hollywood ‘Crazy Rich Asians’, berminat dengan sejarah Singapura apabila sering mendengar cerita oleh rakan arwah bapanya tentang Phantom Squad.


“Masyarakat Melayu banyak terlibat dalam pertumbuhan Singapura melalui dasar-dasar yang ada dan telah membantu dalam pembinaan Singapura sebagai institusi yang berjaya.

“Ia benar-benar dapat saya amati dan fahami, sesuatu yang saya ingin pamerkan dalam drama ‘Operandi Gerhana’.”

‘Operandi Gerhana’ menampilkan barisan pelakon dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Australia yang terdiri daripada Fir Rahman, Kamal Adli, Jamie Aditya, Carmen Soo, Cassandra Spykerman dan Michael Wahr.

Sewaktu ditemui, Fir Rahman yang memegang watak Omar, terkesan dengan penggunaan bahasa dalam dialog yang diucapkan. Beliau mendapati bahasa yang digunakan pada era 1950-an lebih formal dan baku.

“Dalam drama era lama seperti ‘Operandi Gerhana’ ini, bahasa merupakan salah satu cabaran kerana ia tidak lagi digunakan dalam zaman ini. Kebanyakan filem pada era itu seperti filem terkenal P. Ramlee menggunakan unsur percakapan baku.

“Justeru, selepas berbincang bersama penulis skrip dan pengarah, kami memutuskan untuk melakonkan adegan drama ini dengan bahasa yang lebih formal tetapi tidak baku. Adakalanya semasa berlakon, bahasa itu membuatkan saya rasa janggal,” dedahnya.

Dalam drama itu, watak Omar menyertai pasukan konstabel polis pasca perang dan disebabkan pengalaman itu, Omar mempunyai sikap yang sering sedar akan betapa seriusnya sesuatu keadaan.

Spykerman pula memainkan watak Nayla, salah seorang polis wanita yang pertama menyertai perkhidmatan itu.

Walaupun dalam era 1950-an, Nayla berfikiran terbuka dan sering mengidamkan berada di barisan hadapan tugasnya itu. Malah sebaliknya, Nayla diletakkan dalam ‘Triple Niners’, kumpulan pengendali telefon wanita sahaja yang menjawab panggilan kecemasan.


“Saya harap apabila penonton melihat watak Nayla, mereka akan memahami cabaran yang dilaluinya. Tambahan itu, saya ingin penonton sentiasa bermotivasi untuk terus mengejar impian mereka dan tidak berasa takut untuk menjadi pintar,” dedah Spykerman yang memainkan watak yang begitu dekat dengan hatinya.

Dalam menghasilkan siri drama enam episod itu, Spykerman telah menjalinkan hubungan erat bersama kru penerbitan dan pelakon.

“Jarang bagi saya untuk berlakon bersama pelakon dan kru penerbitan yang sangat memahami dan sering ingin membantu saya untuk memperbaiki watak Nayla,” kata Spykerman yang agak sebak semasa berkongsi pengalamannya.

Drama Melayu bertemakan jenayah, ‘Operandi Gerhana’, ini juga disiarkan dalam wadah penstriman terkemuka, Netflix, selain meWatch.

“Sebagai seorang penulis dan pengarah, saya bersyukur kerana diberi kebebasan kreatif untuk menentukan gambaran situasi pada era gelap itu yang tersingkap dalam sejarah unik Singapura yang jarang diterokai.

“Saya teruja bahawa cerita itu akan disiarkan secara serentak di meWatch dan Netflix lantas berharap penonton di Singapura dan luar negara akan menikmati dunia ‘Operandi Gerhana’,” tambah Mike.

Pelakon Malaysia, Kamal yang juga dilibatkan dalam ‘Operandi Gerhana’, berkata:

““Reka bentuk set sangat terperinci sehingga saya rasa saya berada di era 50-an.

“Selalunya sebagai pelakon, kita selalu disuruh membayangkan situasi tersebut, untuk melakonkan watak kami dengan baik.

“Namun dalam penggambaran ini, saya langsung tidak perlu berbuat demikian dan mudah untuk saya mendalami watak saya sambil serapkan diri saya ke dalam suasana penggambaran itu,” kongsi Kamal yang memegang watak sebagai Yusof.

Watak Yusof berkhidmat dengan Omar dalam tentera. Bagaimanapun, Yusof telah ditangkap dan hanya bertemu semula dengan Omar apabila mereka berdua menyertai pasukan konstabel polis selepas perang.

Yusof lebih mudah bertindak dan agak bertentangan dengan Omar, tetapi mereka berkongsi sifat yang sama untuk urusan bukan konvensional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >