Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dua Lipa beralih dari pentas nyanyian ke set filem

Feb 08, 2024 | 05:21 PM



Peminat Dua Lipa pastinya seronok mendengar berita penyanyi itu kini bergelar bintang filem bagi satu filem komedi risikan baru, Argylle, yang kini ditayangkan di pawagam serata Singapura.


Dua, 28 tahun, menjayakan filem tersebut bersama Henry Cavill, John Cena dan Bryce Dallas Howard.

Menurut laman web, Cosmopolitan, Argylle mengisahkan tentang seorang penulis yang karyanya mula menjana aksi sebenar sebuah pertubuhan risikan lantas membuatkan watak Dua terjerat dalam dunia penuh bahaya dan pengintipan.


Dua membawa watak LaGrange yang cuba memikat watak Cavill, Argylle, di sebuah bar.

Rupanya, LaGrange adalah penjahat yang merampas pistol Argylle dan cuba membunuhnya.

Walaupun hanya muncul selama 15 minit dalam filem itu, Dua berpuas hati dipilih untuk membawa watak utama tersebut dan tidak hanya wujud sebagai pelakon jemputan.

Ditanya mengenai peranannya kini selepas berlakon seketika dalam Barbie, Dua berkata:


“Saya seronok di set dan teruja bekerjasama dengan Henry. Saya siap buat aksi nekad saya sendiri.

“Apabila John Cena menarik saya dari motosikal, Matthew Vaughn menyarankan agar kami menggunakan pelakon aksi nekad tetapi saya memberitahunya saya ingin cuba buat aksi nekad saya sendiri.”

Apakah LaGrange akan menjatuhkan Argylle dalam filem tersebut?

Anda perlu menyaksikan filem ini sendiri untuk mendapatkan jawapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >