Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ebby Yus terima Ijazah Kehormat Doktor Persilatan

Sep 11, 2024 | 11:15 AM
Ebby Yus (kiri) menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Presiden Akademi Persilatan Sedunia, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom, di Melaka pada 8 September.
Ebby Yus (kiri) menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Presiden Akademi Persilatan Sedunia, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom, di Melaka pada 8 September. - – Foto INSTAGRAM EBBY YUS

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus, awalnya menolak secara baik pencalonannya bagi Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Akademi Persilatan Sedunia.

Ini memandangkan Ebby, 59 tahun, atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, berasa ilmu persilatan yang dimiliki tidak sampai ke tahap sehingga diberikan anugerah.

“Tapi rakan saya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin, tanya saya mengapa tolak.

“Mereka sebenarnya hubungi dia untuk dapatkan saya. Namun, saya tetap jawab tak layak terima. Banyak lagi orang lain yang sepatutnya terima.

“Ustaz beri sebab mengapa saya terpilih. Dari situ, saya hubungi semula wakil penganjur, Dr Meor dan tanya atas kapasiti apa saya terpilih.

“Beliau jawab saya sudah disenarai pilih oleh majlis Senat Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd pada mesyuarat Senat yang diadakan pada 12 Januari 2024.

“Saya dilihat paling sesuai dalam mengangkat silat dalam industri televisyen dan filem. Apabila dengar kata-katanya, saya akui pernah jadi koreografer drama dan filem untuk silat,” katanya kepada Harian Metro.

Majlis penganugerahan berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka pada 8 September.

Ia disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.

Ebby secara rasmi menerima gelaran Ijazah Kehormat Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Akademi Persilatan Sedunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg