Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edry KRU beli semula album sendiri

May 23, 2025 | 2:19 PM
Malaysia, KRU, Edry Abd Halim, album
Edry Abd Halim (kanan) berkongsi keterujaannya apabila terjumpa semula album KRU iaitu ‘reKRUed’ yang dilancarkan pada tahun 1993, ‘Awas!’ (1994) dan album kompilasi ‘Krumania’ di sebuah kedai vintaj di Amcorp Mall di Petaling Jaya, Selangor. - Foto INSTAGRAM EDRYABDHALIM

Kebiasaannya, peminat yang berusaha membeli album artis kegemaran mereka untuk dijadikan koleksi, tetapi lain pula ceritanya dengan penyanyi dan komposer popular, Edry Abd Halim.

Masakan tidak, selebriti berusia 49 tahun itu berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).

Memandangkan album-album tersebut sudah tidak lagi dicetak, Edry membuat keputusan untuk membeli album tersebut dan akan membawa pulang ke Manchester, England sebagai tanda kenangan.

“KRU beli kaset lagu sendiri. Berjalan-jalan di Amcorp Mall, terjumpa kedai vintaj yang jual album lama KRU.

“Saya tahu sudah tidak ada lagi kaset (album) yang akan dicetak, jadi saya beli balik untuk disimpan di Manchester buat kenangan,” kongsinya.

Edry berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, lapor Sinar Harian.

Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata itu, album tersebut memberi kenangan yang tidak boleh ditukar ganti dengan dengan duit.

“Bila buat persembahan duit boleh cari, tetapi kenangan tidak boleh diganti,” tulisnya.

Dalam masa sama, Edry membuat keputusan untuk tidak membeli album Ooh! La! La! yang diterbitkan pada tahun 1996 kerana kulit album tersebut telah diconteng.

“Ada satu ‘copy’ album Ooh La La saya tidak beli kerana pemilik asal telah menconteng nama dia pada kulit album. Memang zaman dulu semua kena letak nama pakai marker atas barang masing-masing.

“Tidak boleh percaya kaset-kaset ini, sudah (berusia) lebih 30 tahun,” ujarnya lagi.

Sekadar maklumat, sepanjang 33 tahun berada dalam industri seni, KRU mempunyai 14 album studio termasuk album Kaset yang baru sahaja dilancarkan pada konsert GenKRU baru-baru ini dan tiga album kompilasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg