Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Efek berbeza tetapi kumpulan rok alternatif Indo tetap bertenaga

May 24, 2023 | 05:42 PM



DUA tahun lalu saya pernah menjadi antara yang ‘terperangkap’ dalam kalangan peminat sebuah kumpulan rok alternatif dari Jakarta yang begitu bersemangat berteriak, melaungkan kata-kata kritik sosial sambil menumbuk-numbuk tangan ke udara di konsert Tahun Baru 2020 di Solo, Indonesia.

Masih terbayang suasana ketika peminat kumpulan itu, Efek Rumah Kaca (ERK) yang menyahut seruan kalimat seperti ‘Pasar Bisa Diciptakan’ berulang kali, apabila lagu berjudul Biru daripada album ketiga kumpulan itu, Sinestesia (2015), dipersembahkan.


Sebaik jam melepasi tengah malam menandakan ketibaan tahun baru 1 Januari 2020, suasana menjadi reda dengan peminat menghayunkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan, sambil menyanyikan ‘aku selalu suka sehabis, hujan di bulan Disember’ merujuk kepada lirik lagu Desember daripada album 2007, sekali gus menjadikan kehangatan malam di Surakarta menjadi reda.


Keadaan jauh berbeza ketika ERK membuat persembahan di Dewan Konsert Esplanade – penonton hanya mengangguk-angguk dan bernyanyi secara perlahan di tempat duduk masing-masing sepanjang sejam setengah konsert pada malam Ahad sempena Pesta Raya berlangsung.

Ini meskipun pihak Esplanade membenarkan penonton berdiri dan menari di depan pentas.

Dewan itu yang sekitar 60 peratus penuh, hanya menjadi lebih happening dengan pe[Ϟ]mi[Ϟ]nat melonjak-lonjak dan menyahut ‘woohoo’, pada lagu terakhir mereka berjudul Cinta Melulu yang mengkritik industri muzik Indonesia yang sarat dengan lagu cinta.


Terdapat hanya segelintir peminat, yang ada datang dari Indonesia dan Malaysia, yang bersemangat menari di barisan depan.

Konsert yang dipersembahkan dengan pendekatan secara intim dengan penonton menghiburkan dengan permainan muzik yang cukup kemas oleh ahli kumpulan utama kumpulan itu, yang terdiri daripada penyanyi Cholil Mahmud; pemain dram; Akbar Bagus Sudibyo; pemain bas; Airil ‘Poppie’ Nur Abadiansyah; pemain gitar dan berbilang alat Reza Ryan; serta dua penyanyi vokal susulan, seorang pemain trompet dan keyboard.

Bagi peminat yang menghargai aturan muzik warna-warni dengan pelbagai lapisan melo[Ϟ]di alat muzik dan vokal, ia adalah satu pengalaman luar biasa yang menghormati hasil karya kumpulan yang telah bertahan selama 15 tahun itu.

Konsert itu memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat seni, sebagai satu peringatan menghasilkan karya yang bermakna bagi pen[Ϟ]dengar, yang dapat menjadikan kegelisahan hidup seharian sebagai hasil karya yang indah dengan nilai yang kekal relevan dari masa ke masa.

Saya mula mendengar lagu mereka sekitar enam tahun lalu sewaktu di universiti.

Lagu mereka dari album ketiga Sinestesia (2015) berjudul Putih memberi gambaran proses kematian yang mula dengan kesedihan dan kehilangan, namun adalah perjalanan menuju ke fasa seterusnya di luar dunia, dan juga menyambut kedatangan generasi baru dengan kelahiran anak muda.


Seorang peminat Singapura, Encik Muhd Hudzaifah, yang bertugas sebagai jurukamera bebas berkata:

“Ini merupakan konsert yang tidak akan saya lupakan. Tetapi sangat berbeza berban[Ϟ]ding suasana kalau melihat mereka di Indonesia.

“Mereka adalah kumpulan yang sederhana dan baik, dan penyampaian mereka di sini dilakukan dengan tulus dan jujur,” tambahnya yang bercerita beliau diajak makan malam bersama kumpulan itu selepas menonton mereka di satu konsert di Jakarta sebelum Covid-19.

Ketika ditemui, pemain dram, Akbar, 47 tahun, berkata: “Permulaannya agak tegang tetapi kemudian kami rasa senang.”

Beliau berkata suasana di dewan konsert jauh berbeza dengan keriuhan konsert mereka di tanah air namun beliau mengagumi sistem bunyi di Esplanade sehingga hasil persembahan mereka kedengaran kemas dan jelas.

“Kami sangat senang bermain di sini dan kami berharap tidak perlu menunggu terlalu lama untuk datang kembali bermain di Esplanade,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >