Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kembali berpentas di Esplanade selepas 13 tahun

Kumpulan alternatif Indo, Efek Rumah Kaca kekal suarakan isu sosial

Masih luah marah menerusi muzik, namun lebih berunsur sindiran
May 24, 2023 | 05:19 PM



TIDAK seperti kumpulan muzik lain dari Indonesia yang menempa nama menerusi lagu berunsur cinta serta cita-cita dan harapan, kumpulan yang berasal dari Jakarta ini membina reputasi dengan tema realiti kehidupan harian.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Efek Rumah Kaca (ERK) yang sudah berkarya selama 15 tahun bermula sebagai kumpulan ‘introvert’ dan berpentas di konsert-konsert kecil.

Namun mesej terselindung dalam lagu mereka sering menyuarakan isu-isu besar, daripada isu sosiopolitik serta mengkritik industri muzik yang dipenuhi lagu-lagu “cinta melulu.”

Dalam wawancara usai konsert mereka dalam Pesta Raya pada Ahad, penyanyi dan penggubah lirik, Cholil Mahmud berkata, sejak kumpulan itu ditubuhkan, karya mereka masih ada nada ‘marah’ dalam isu-isu yang berkaitan namun dengan nada lebih berunsur sindiran - sesuai dengan usia mereka yang semakin meningkat dan matang.

Ini jelas tergambar dalam album terbaru mereka yang dilancarkan pada Januari, berjudul Rimpang (2023).


Album itu mengetengahkan susunan muzik yang lebih santai, dengan rentak lebih perlahan, seiring atmosfera yang menggalak pendengar bermuhasabah diri dan menghayati lirik.

“Perbezaannya (dalam album terkini) adalah, marahnya masih sama tetapi cara kami menyampaikan kemarahan itu mungkin sudah lebih sesuai umur. Kami sudah tua tetapi kami masih marah,” akui Cholil, 47 tahun.

“Cuma kami tidak berupaya menunjukkan rasa marah itu dengan tenaga sebegitu (album-album terdahulu) kerana sejujurnya kami rasa diri kami terbatas secara peribadi.”

Menjelaskan tentang aturan penyampaian lagu-lagu dalam album Rimpang yang merangkumi 10 lagu, Cholil berkata, dari segi paluannya agak perlahan dan rentak rancak lebih jarang.


Namun dari segi temanya, keluhan yang ingin disampaikan tidak berkurang – maka sebenarnya lebih kuat – cuma ia mengamalkan penyampaian lebih bersifat menyindir, tidak ‘berteriak langsung’ ataupun lebih terselindung dalam kata-kata metafora.

Sejak ditubuhkan pada 2001, ERK mendapat nama bukan sahaja dari segi gaya penciptaan muzik yang progresif bahkan menerusi lirik menyentuh tentang isu sosiopolitik semasa.

Antara pencapaian mereka termasuk merangkul beberapa anugerah dalam majlis penyampaian Anugerah Muzik Indonesia.

Cholil membangunkan kumpulan itu bersama pemain dram Akbar Bagus Sudibyo, 47 tahun, dan mantan pemain bas Adrian Yunan Faisal. Adrian telah diganti pemain bas Airil ‘Poppie’ Nur Abadiansyah, 39 tahun, yang membuat persembahan dengan kumpulan itu buat kali pertama pada 2012.

Pemain terkini kumpulan itu ialah pemain gitar dan berbilang alat Reza Ryan, 42 tahun, yang menyertai kumpulan tersebut pada 2019 dan dirasmikan sebagai ahli kumpulan sejak setahun lalu.

ERK kali pertama membuat penampilan di Singapura pada 2008 dan pada ketika itu mereka memainkan lagu daripada album pertama berjudul Efek Rumah Kaca (2007) dan kedua, Kamar Gelap (2008).


Persembahan mereka pada malam Ahad merangkumi lagu daripada album lanjut seperti Sinestesia (2015), Jalan Enam Tiga (2020) dan album terkini Rimpang.


Menyentuh tentang pengalamannya sebagai anggota baru, Reza yang berpengalaman membuat komposisi dan aturan muzik bagi kumpulan lain secara bebas dahulu berkata tidak seperti kumpulan lain yang hanya memperuntuk tenaga bagi penghasilan muzik, ERK adalah sebuah kumpulan yang membolehkannya memanifestasikan persoalan kehidupan seharian ke dalam lagu dan proses penghasilan muzik.

“Ia membuka cakerawala saya bahawa muzik itu punya nilai-nilai yang tidak terbatas sekadar unsur material sahaja tetapi juga memanifestasikan kehidupan seharian kami sebagai manusia,” tambahnya.

Cholil berkata bagaimana kumpulan itu dapat bertahan meskipun dianggap alternatif dalam industri muzik luas Indonesia, adalah dengan meneroka cara penyampaian dan gaya penulisan baru dan tidak mengulangi cara-cara lama serta inspirasi dari sekitaran muzik Indonesia yang tidak berubah sejak kian lamanya.

Meskipun kumpulan baru muncul, kandungan dan perbincangan diutarakan mereka masih terhadap tema tertentu seperti lagu cinta, katanya dalam satu wawancara bersama The Straits Times baru-baru ini.


“Bagi saya, kami harus bikin lagu yang membuat kami bersemangat kerana jika kami perform lagu-lagu lama, ia boleh menjadi agak bosan.”


Antara respons daripada peminat terhadap lagu mereka termasuk lukisan komik yang dikaitkan kepada nilai-nilai terselindung lagu kumpulan tersebut di YouTube yang mencatatkan ribuan penonton serta cover daripada kumpulan muda dengan penghormatan terhadap lirik-lirik yang menceritakan kehidupan dan isu-isu seharian.


Mengulas tentang respons sedemikian, Cholil berkata ia menunjukkan satu kesan positif di mana pemuzik muda sudi menerima isu-isu yang dibincangkan dalam lagu tulisan mereka.

“Namun kami tidak sama sesekali berasakan kami sudah mencapai status dihormati atau legenda. Kami bukan siapa-siapa,” katanya.

“Kami sentiasa berusaha untuk dapat menyampaikan apa yang hendak disampaikan walaupun kami perlu menguruskan pelbagai hal peribadi semasa yang mungkin membuatnya lebih rumit untuk melancarkan bahan baru berbanding album pertama, sebab dahulu kami belum bernikah, belum ada anak, jadi itu sebahagian urusan yang kami harus selesaikan untuk bagaimana kami mempunyai tenaga untuk terus menghasilkan muzik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >