Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elizad sebak dicemuh payah dapat zuriat

Aug 24, 2023 | 11:20 AM
SEDIH DENGAN CEMUHAN: Siti Elizad merintih mengenang kecaman mereka yang tidak tahu betapa susahnya mendapatkan anak.
SEDIH DENGAN CEMUHAN: Siti Elizad merintih mengenang kecaman mereka yang tidak tahu betapa susahnya mendapatkan anak. - Foto INSTAGRAM SITI ELIZAD

Lebih sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad tidak dapat menahan sebak mengenangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan demi mendapatkan zuriat.

Dengan linangan air mata, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39 tahun, berkata tidak semua orang dapat memahami dan mengetahui segala kepayahan yang dilalui sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan anak selama ini.

“Orang tidak tahu betapa sukar dan mencabar (dapatkan zuriat). Kita pergi berubat untuk ikhtiar tapi mungkin belum ada rezeki.

“Jika diikutkan, tahun depan usia perkahwinan sudah hendak memasuki usia 10 tahun tetapi orang tidak tahu saya sudah pergi berubat, mungkin belum ada rezeki,” katanya sebak menerusi segmen Pagi Di Sinar pada Selasa lalu.

Dalam momen sedih tersebut, pelakon Berlari Ke Langit itu bagaimanapun turut bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang tidak pernah memberi tekanan terhadapnya mengenai zuriat.

“Paling saya kagum ialah keluarga mentua dan bapa sendiri tidak pernah bertanya mengenai zuriat.

“Mereka tak pernah tanya bila saya nak memiliki zuriat sendiri sedangkan adik-beradik yang lain dikurniakan anak yang ramai tetapi saya seorang belum ada,” kongsinya.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac 2022, Elizad memaklumkan bahawa beliau kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg