Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ellie Suriaty sedia jumpa pempengaruh Imran Bard

Mar 4, 2025 | 2:58 PM
Pelakon, Ellie Suriaty Omar, memaklumkan persetujuan untuk berjumpa secara empat mata dengan pempengaruh, Imran Bard, demi menyelesaikan isu mengenai hantaran parodi yang dimuat naiknya pada 12 Februari.
Pelakon, Ellie Suriaty Omar, memaklumkan persetujuan untuk berjumpa secara empat mata dengan pempengaruh, Imran Bard, demi menyelesaikan isu mengenai hantaran parodi yang dimuat naiknya pada 12 Februari. - Foto INSTAGRAM ELLIE SURIATY OMAR

Selepas namanya dikatakan tercemar dek hantaran yang dimuat naik pempengaruh, Imran Bard, di laman media sosial, pelakon Ellie Suriaty, 54 tahun, memaklumkan persetujuan berjumpa secara empat mata demi menyelesaikan isu terbabit.

Kontroversi itu bermula apabila Imran, 24 tahun, memuat naik kandungan berunsur parodi jenaka yang menyebut nama Ellie Suriaty terjebak dengan penggunaan bahan terlarang di media sosial pada 12 Februari.

Ellie mula sedar mengenai video berkenaan ketika dimaklumkan oleh rakan-rakan, tiga hari selepas kandungan itu dimuat naik.

Malah, video itu pun telah mencapai lebih 1.3 juta tontonan di laman TikTok.

Dalam pada itu, Imran memberitahunya bahawa beliau kini berada di kampung dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk bersemuka dalam tempoh terdekat, kata Ellie, atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar, dalam laman web Harian Metro.

Ditanya lebih lanjut mengenai permohonan maaf yang Imran buat melalui media sosial pada 27 Februari, Ellie berkata ia bergantung kepada pertemuannya dengan pempengaruh itu nanti.

“Saya mahu dengar dia nak cakap apa dan beri peluang untuk dia minta maaf dulu.

“Sama ada saya menerima permohonan maafnya itu atau keputusan untuk meneruskan saman atau pun tidak bergantung pada pertemuan kami nanti.

“Pihak saya akan memperhalusi permohonan maafnya itu sama ada ikhlas atau sebaliknya,” ungkap Ellie.

Terdahulu, Imran tampil meminta maaf sekali lagi kepada Ellie selepas dikecam netizen di laman media sosial yang mendakwa permohonan maaf terhadap pelakon itu sebelum ini tidak beradab.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Imran mengakui kesilapannya kerana sudah menyinggung perasaan Ellie, termasuk memaklumkan beliau perlu mengambil masa untuk menenangkan diri.

Imran berharap dapat berjumpa Ellie secara peribadi demi menyampaikan permohonan maaf secara bersemuka dan tertutup.

Imran percaya itu merupakan langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan dalam memperbetulkan keadaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg