Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elon Musk: S’pura ‘akan pupus’ akibat kadar kesuburan rendah

Komen daripada jutawan itu di sosial media cetus perbahasan; cabaran penduduk kian menua, usaha cari penyelesaian jangka panjang
Dec 12, 2024 | 5:30 AM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Encik Elon Musk, meletak anak lelakinya dengan nama unik, X A E A-Xii, di bahu pada 5 Disember. Beliau merupakan bapa 12 anak berumur antara lima bulan dengan 20 tahun dan salah seorang daripada anaknya meninggal dunia pada 2002 akibat komplikasi semasa bayi.  
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Encik Elon Musk, meletak anak lelakinya dengan nama unik, X A E A-Xii, di bahu pada 5 Disember. Beliau merupakan bapa 12 anak berumur antara lima bulan dengan 20 tahun dan salah seorang daripada anaknya meninggal dunia pada 2002 akibat komplikasi semasa bayi.   - Foto AFP

Dalam satu kiriman tweet di laman sosial X pada 5 Disember, jutawan Elon Musk berkata Singapura, bersama beberapa negara lain, “akan pupus” disebabkan kadar kelahirannya yang rendah.

Kirimannya itu adalah sebahagian daripada perbincangan mengenai penurunan Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) negara ini yang mencecah paras terendah 0.97 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 2023.

Komen Encik Musk itu membalas satu kiriman tweet yang mengutarakan kebimbangan mengenai penduduk negara ini yang semakin menua.

Kiriman itu menyatakan: “Lebih ramai warga emas, kurang pekerja, dan tenaga kerja yang mengecil,” dan turut menyentuh tentang penggunaan robot untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja.

Dakwaan Encik Musk segera menjadi tular dengan lebih 41 juta tontonan dan mencetus perbahasan hangat dalam kalangan netizen Singapura, menurut laman web, Stomp.

Ada yang menolak komen itu dan berkata pendapat jutawan tersebut tidak harus diambil serius.

Netizen lain bagaimanapun bersetuju dan menekankan bahawa kadar kesuburan 0.97 adalah tidak mampan untuk jangka panjang.

Seorang pengguna menyarankan imigrasi atau kedatangan rakyat baru sebagai huraian kepada masalah penduduk Singapura tetapi akur dengan apa yang dikatakan Encik Musk bahawa “penduduk tempatan asli” mungkin akhirnya menghadapi kepupusan.

Seorang lagi pengguna bagaimanapun berkata kebanyakan orang Singapura yang dipanggil “penduduk tempatan asli” sendiri adalah keturunan pendatang.

Perangkaan yang dipetik Encik Musk selaras dengan laporan tahunan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) 2024.

Laporan itu menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja bagi penduduk berumur 15 tahun ke atas merosot sedikit, daripada 68.6 peratus pada 2023 kepada 68.2 peratus pada 2024.

Penurunan itu rata-rata disebabkan oleh peningkatan kadar warga emas yang secara amnya mempunyai kadar penyertaan lebih rendah.

Walaupun begitu, laporan itu menyatakan bahawa penyertaan tenaga kerja Singapura kekal lebih tinggi berbanding bandar seperti Tokyo dan Hong Kong.

Ia turut menyentuh tentang nisbah sokongan warga emas negara ini yang semakin mengecil.

Ia turun daripada enam orang dewasa umur bekerja (20 hingga 64 tahun) bagi setiap warga emas pada 2014 kepada bawah empat pada 2024, satu trend yang dijangka berterusan.

MOM mengakui pertumbuhan penduduk yang lebih perlahan dan penduduk yang semakin menua boleh menjadikan pasaran tenaga kerja lebih ketat dalam jangka masa sederhana.

Ini ditangani dengan pelaburan dalam meningkatkan kemahiran warga Singapura dan memastikan negara ini terbuka kepada pekerja asing untuk menyokong peluang pekerjaan tempatan.

Encik Musk, penyokong lantang bagi pertumbuhan penduduk, sering memberi amaran tentang kesan buruk daripada bilangan penduduk yang semakin berkurangan.

Beliau juga menekankan pentingnya menangani isu itu demi kemampanan sejagat.

Encik Musk mempunyai 12 anak berumur antara lima bulan dengan 20 tahun dan salah seorang daripada anaknya meninggal dunia pada 2002 akibat komplikasi semasa bayi.

Cabaran Singapura dengan kadar kesuburan rendah mencerminkan cabaran yang dihadapi banyak negara maju lain termasuk Jepun, Korea Selatan dan negara Eropah tertentu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg