Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Empat hari selepas beri kata motivasi, Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja

Alumni Gegar Vaganza alami kekurangan gula dalam darah
Oct 26, 2023 | 11:33 PM



Empat hari lalu, alumni Gegar Vaganza (GV), Bad Indigo, 48 tahun, memuatnaikkan hantaran Instagram berupa video motivasi pagi hari yang meminta warganet tidak mudah berputus asa.

Beliau mendoakan kesihatan orang ramai sambil berkata: “Walau apa pun ujian yang menimpa anda, yang penting don’t give up dan jangan mudah berputus asa. Allah ada. Allah tak kejam. Moga kita dapat buka pintu hati dan tengok kebaikan yang ada.”


Ternyata, itu merupakan hantaran Instagramnya yang terakhir sebelum diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 7 malam Khamis di bengkel kenderaan sekitar Ampang di mana beliau bekerja.

Menurut rakan sekerjanya kepada laman Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, mengalami kondisi hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.


“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia lantas dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.  Bosnya yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya. 

Sementara itu, rakan Bad dari kumpulan Indigo, Shah yang merupakan suami penyanyi Liza Hanim, turut mengesahkan Bad meninggal dunia dalam satu hantaran di media sosial. 

Media seberang cuba menghubungi bekas isterinya, Ashira Aziz, yang sama-sama bertanding dan berkenalan di pentas GV7, tetapi tidak mendapat jawapan daripadanya.

Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian. Beliau turut menggunakan alat ‘walker’ dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Pada 23 Jun 2022, Bad dan Ashira mengejutkan ramai dengan mengumumkan perceraian mereka.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021. Bad pula dilaporkan memohon status Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.

Moga Allahyarham Bad ditempatkan dalam kalangan mereka yang dirahmati dan dimaafkan segala dosa-dosanya. Al-fatihah.

Sebelum ini, beberapa alumni GV telah menyahut panggilan Ilahi dan meninggalkan kesan pada peminat mereka. Mereka terdiri daripada Allahyarham Nassier Wahab, Allahyarhamha Siti Sarah, Allahyarham Gmie Screen, Allahyarhamha Myanaliza Ruslee (Maya Matahari) dan Allahyarhamha Adibah Noor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >