Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Erra Fazira berhati-hati dalam bercinta

Feb 21, 2025 | 2:11 PM
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan usahawan kulinari, ‘Mr E’, selagi belum ada perkembangan ke fasa yang lebih serius.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan usahawan kulinari, ‘Mr E’, selagi belum ada perkembangan ke fasa yang lebih serius. - Foto INSTAGRAM ERRA FAZIRA

Kehangatan cinta kembali menguasai hati pelakon, Erra Fazira, 51 tahun, apabila beliau dikatakan sedang akrab dengan usahawan kulinari Melayu yang dikenali sebagai ‘Mr E’ atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun.

Walau bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, memilih untuk tidak berkongsi lebih mendalam mengenai hubungannya, meskipun anaknya Engku Aleesya Engku Emran, 15 tahun, tidak keberatan melihat kebersamaannya bersama Mr E.

Bagi Erra, selagi belum ada perkembangan ke arah fasa seterusnya, beliau lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka walaupun sering berkongsi kehidupannya dalam media sosial.

“Bab itu saya tak berani nak komen. Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pula yang jadi. Jadi, lebih baik tunggu dan lihat dahulu.

“Saya cuma mohon doa-doa yang baik sahaja. Tapi, apabila ramai beri kata-kata positif, Allahuakbar, memang buat saya rasa terharu.

“Saya sedar, pada usia sekarang, rasa macam malu sendiri bila orang bercakap soal jodoh dan cinta saya.

“Zaman itu sudah berlalu. Sekarang, saya lebih memilih untuk tenang sahaja. Tapi, tak sangka ramai juga yang sama-sama mendoakan kebahagiaan saya,” lapor Erra dalam laman web, Berita Harian Malaysia (BHM).

Pelakon filem, Cinta Kolestrol, itu turut berkongsi bahawa belum ada sebarang pertemuan serius membabitkan keluarga kededua pihak mengenai hubungannya dengan Mr E.

Bahkan, Erra juga mengambil keputusan untuk berhati-hati dalam menjalin hubungan kerana pengalaman lalu mengajarnya supaya tidak terlalu menonjolkan perkara peribadi.

Proses mengenali seseorang dianggap memerlukan masa dan tidak perlu dihebohkan, kata Erra.

“Setakat ini, belum lagi sampai ke tahap bertemu dengan keluarga saya, tapi anak saya okey,” ceritanya.

Dalam pada itu, Erra menjelaskan tiada apa-apa kejutan istimewa yang berlaku pada ulang tahun kelahiran yang disambutnya, baru-baru ini.

“Saya pun tiada idea mengapa timbul cerita seolah-olah ada sesuatu pada tarikh 7 Februari. Saya pun sudah jelaskan tiada apa-apa.

“Malah, ketika hari jadi saya pada 9 Februari, kami hanya buat makan-makan, sambut sekadar apa adanya sahaja.

“Ia hanya setakat makan-makan bersama sekitar 10 rakan yang dianjurkan oleh Mr E di Gombak, Kuala Lumpur. Sesi ringkas, tapi memberi makna,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg