Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Erra Fazira elak menu bergoreng, kafein untuk kekal awet muda 

Apr 8, 2025 | 5:04 PM
Pelakon dan jelitawan Malaysia, Erra Fazira mengamalkan apa yang diajar oleh ibunya untuk kekal awet muda walaupun sudah memasuki 51 tahun.
Pelakon dan jelitawan Malaysia, Erra Fazira mengamalkan apa yang diajar oleh ibunya untuk kekal awet muda walaupun sudah memasuki 51 tahun. - Foto fail

Seperti tidak menua, pelakon Malaysia, Erra Fazira membuat satu pendedahan tentang rahsia kekal awet muda meskipun sudah berusia separuh abad.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, semua itu berpunca daripada didikan dan rutin penjagaan diri yang diamalkan sejak remaja.

Segala amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan pemakanannya dipelajari daripada ibu tersayang, lapor Kosmo! Online.

“Apa saya amalkan adalah apa mak ajar saya daripada zaman muda lagi. Penjagaan kulit, pemakanan dan senaman semua saya ikut mak saya.

“Alhamdulillah sampai sekarang mak saya masih aktif bersenam. Dia biasa duduk selama 10 minit dan lumurkan losyen pada badan dan muka.

“Rutin tu dilakukan sejak dia muda sampai sekarang,” katanya semasa dalam satu podcast Hitam Putih Kehidupan bersama pelakon dan penerbit drama Malaysia, Datuk Rosyam Nor.

Tambah beliau, ibunya seorang yang cukup disiplin dalam hal pemakanan dan tidak membenarkan pengambilan makanan bergoreng serta kafein (bahan semula jadi terdapat dalam minuman kopi dan teh).

Malah, ibunya langsung tidak menukar jenama syampu sejak dahulu dan tetap berpegang pada amalan yang sama sehingga hari ini.

“Pemakanan pun mak pantau juga. Jangan makan bergoreng, jangan ambil kafein. Kalau ikutkan banyak lagi pantangnya.

“Contohnya kalau syampu rambut pun tak akan tukar dari dulu sampai sekarang,” jelasnya.

Paling penting kata pelakon filem Sembilu itu, kecantikan sebenar tidak memerlukan pembedahan atau prosedur estetik sebaliknya cukup dengan penjagaan rapi dan konsisten.

“Salah satu sebab dia (emak) kekal cantik sebab dia tak buat muka dan badan. Dia biarkan semuanya menua ikut usia, cuma jaga apa yang perlu.

“Dia memang ‘ori’ (asli) lawa, jaga makan, hidup bahagia, ada kemampuan untuk menjaga. Memang kena rajin nak jadi lawa. Kalau ada semua benda tapi malas, tak jadi juga,” ujarnya.

Menurut Erra, beliau juga seorang yang jarang tertekan walaupun pernah melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan rumah tangga serta dunia hiburan.

“Erra jenis jarang tertekan. Itu yang sentiasa muda walaupun banyak kontroversi dan macam-macam, tapi tetap positif,” luahnya. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg