Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Erwin Shah Dawson temu jodoh, fokus pada niaga ubah elok

Jan 19, 2024 | 03:55 PM



Tidak lama dahulu, pelakon asal Singapura, Erwin Shah Dawson, memberi bayangan yang beliau sudah ketemu cinta hati yang bakal dinikahi.

Pada 17 Januari lalu, beliau yang berusia 35 tahun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah, 29 tahun, dalam satu majlis akad nikah sederhana di Singapura.

Selepas berkenalan sejak setahun lalu, Erwin atau nama sebenarnya, Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, berkata beliau bersyukur akhirnya disatukan dengan wanita pilihannya, yang dikenali menerusi menerusi laman sosial, TikTok dan Instagram (IG).

“Saya teruja sebab memang menanti-nantikan hari bersejarah ini. Saya sudah menemui wanita terbaik.

“Isteri baik, peramah dan penyayang. Jadi, susah untuk kita tidak suka kepadanya. Dia juga sangat penyabar dan boleh tundukkan ego dan emosi saya.

“Jadi, saya takkan sampai hati nak memarahinya. Keluarga pun suka melayannya. Alhamdulillah, saya bertemu seseorang yang mementingkan keluarga,” katanya.

Keperibadian Solleha membuatkan Erwin yakin ini adalah pilihan yang terbaik untuknya.

“Kami kenal sekitar Februari tahun lalu, sebelum bertemu sebulan kemudian dan terus rapat. Pada awalnya, isteri ada komen dalam satu sesi ‘live’ TikTok dan kemudiannya, kami berbalas mesej dalam IG.

“Dalam tempoh perkenalan, kami tak pernah mengatakan kami bercinta. Cukuplah masing-masing faham hati dan perasaan.

“Bila makin rapat, saya rasa eloklah jika kami berkahwin. Tidak manis pula orang tengok kami selalu keluar bersama,” katanya dalam wawancara bersama Berita Harian (Malaysia).


Menurut pelakon drama Krono itu, majlis perkahwinan sederhana memang dirancang beliau dan isteri.


“Kami hanya merancang majlis perkahwinan dalam tempoh sebulan. Bulan lalu, kami rancang dan bulan ini kami sudah bergelar suami isteri.

“Kami pilih bernikah pada Rabu kerana tidak dapat slot untuk hujung minggu. Saya dan isteri mempunyai pemikiran sama. Kami mahukan majlis sederhana, tidak perlulah besar-besaran.

“Cuma, ada majlis jamuan untuk saudara-mara terdekat,” katanya yang menjelaskan isterinya tidak tahu beliau adalah seorang pelakon di Singapura dan Malaysia saat perkenalan.

Tumpuan Erwin kini ialah syarikat binaan dan ubah elok, Your Reno Works, di Singapura yang juga turut diusahakan isterinya.

“Sekarang, lakonan adalah perkara kedua dan saya fokus kepada perniagaan. Ada juga tawaran lakonan di Singapura. Sudah lama saya tidak menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, kali terakhir sekitar dua hingga tiga tahun lalu,” katanya yang pernah bergelar juara Anugerah Skrin 2010.


Tahniah buat Erwin dan Solleha. Moga mahligai yang dibina berkekalan dan bahagia hidup bersama sambil mengendalikan perniagaan seiring sejalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >