Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

As Feminin minta orang ramai tidak cemuh versi baru ‘Untukmu’

Sep 11, 2023 | 05:30 AM



Bekas anggota kumpulan Feminin, Asfarina Muhamad, 48 tahun, berharap peminat tidak membanding-bandingkan lagu dendangan penyanyi masa kini dengan lagu-lagu yang pernah dipopularkan kumpulan itu.

Menurut Asfarina atau mesra disapa As, setiap penyanyi ada cara nyanyian tersendiri dan usaha mereka dalam menyanyikan semula lagu-lagu Feminin perlu disokong dan dihargai.

“Saya tak selesa kalau ada pihak yang membanding-bandingkan, mengatakan versi Untukmu yang asal lebih baik berbanding yang baharu. Saya tak mahu itu (perbandingan).


“Penyanyi lain ada cara nyanyian tersendiri. Justeru, kalau mereka nyanyi lagu lama, kita kena beri sokongan dan hargai. Bukan ‘bunuh’ motivasi mereka.

“Jadi saya sangat menghargai, meraikan dan mengalu-alukan penyanyi baharu untuk menyanyikan semula lagu-lagu Feminin dengan cara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.


As mengulas tentang lagu Untukmu yang dinyanyikan semula penyanyi baharu, Aisha Retno, Serene Claire, Tika Nasir dan Fiza Thomas untuk drama Gadis Muzikal.


Dalam pada itu, As meluahkan rasa terharu apabila lagu Untukmu yang dimuatkan dalam album Untukmu pada 1993 masih dinyanyikan dan dihargai peminat.


“Sekarang macam-macam versi orang buat terhadap lagu itu.

“Kebanyakannya saya terlepas pandang dan tak sempat dengar. Jadi saya memang terharu dan gembira terhadap masyarakat yang menerima lagu itu sampai sekarang.

“Dalam keadaan banyak lagu dihasilkan sekarang, orang masih nyanyi dan dengarkan lagu Untukmu, ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >