Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fesyen Gegar Vaganza Hady Mirza ‘oppa’ terpengaruh K-Pop ke?

Nov 4, 2023 | 3:17 PM
PERSIS BINTANG K-POP: Hady Mirza kelihatan berpakaian sut merah jambu dan menari dengan sekumpulan penari semasa menyampaikan lagu Hati pada Ahad lalu.
PERSIS BINTANG K-POP: Hady Mirza kelihatan berpakaian sut merah jambu dan menari dengan sekumpulan penari semasa menyampaikan lagu Hati pada Ahad lalu. - Foto INSTAGRAM/HADYMIRZAOFFICIAL

Daripada sut ‘slim’ berwarna merah jambu, seluar ‘smart’ hingga ke atas buku lali, rambut sikat tepi berjambul tinggi dan kasut ‘sneaker’ berwarna putih.

Padanlah peminat peserta All Stars Gegar Vaganza (GV) musim ini, Hady Mirza memberi gelaran ‘oppa’ kepada juara Asian Idol itu baru-baru ini.

Apabila Hady muncul di atas pentas pada Ahad untuk menyampaikan lagu Hati nyanyian Hael Husaini dengan sekumpulan empat penari lelaki, penonton seolah dihiburkan satu persembahan kumpulan muzik pop Korea Selatan, atau Kpop.

View post on Instagram
 

Apabila diminta komen daripada Berita Harian menerusi WhatsApp baru-baru ini, Hady mengesahkan, memang benar idea di balik pakaiannya pada Ahad, mendapat inspirasi daripada Kpop.

Beliau juga berkata, unsur K-Pop turut memberi pengaruh besar dalam pilihan pakaiannya sepanjang pertandingan ini dan isterinya juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pilihannya itu,

“Secara amnya, idea datang daripada isteri saya,” kata Hady.

“Dia suka K drama, terutamanya Gong Yoo,” tambahnya merujuk kepada pelakon yang telah merangkul watak dalam pelbagai drama dan filem Korea Selatan seperti Train to Busan dan Squid Game.

“Tapi saya kira kami semua secara automatik terpengaruh atau mendapat inspirasi daripada kumpulan K-Pop juga kan? Lagi-lagi dengan gelombang kumpulan BTS sekarang,” tambah Hady.

Laman Instagram peminat Hady, hadyunitedfc, pada Isnin memberi gelaran ‘oppa’ kepada beliau menyusuli gambar pakaian minggu enam itu yang dimuat naik pada Isnin.

View post on Instagram
 

Gambar itu dalam akaun milik Hady, hadymirzaofficial mencatatkan lebih 4,000 likes serta 141 komen manakala di laman peminat pula meraih lebih 200 likes.

Apabila diminta mengulas terhadap gelaran itu Hady berkata:

“Meskipun saya rasa terharu terhadap komen ini, saya rasa saya tak akan terlalu kemaruk dengan gelaran itu sebab kena sedar diri sikit. Pakcik ni dah berumur juga!” kata Hady lagi, 43 tahun, dengan berseloroh.

Malah, sejak menyampaikan lagu Segalanya Ku Terima nyanyian kumpulan Illusi, pada minggu pertama pertandingan GV musim ke-10 ini, boleh dikatakan almari di balik pentas Hady secara konsisten diisi dengan beraneka jenis sut pelbagai warna.

Hanya pada minggu ketiga sahaja, apabila Hady menyanyikan Lemak Manis oleh Roslan Madun, pakaian beliau beralih ke unsur tradisional Melayu.

Menyusuli itu, Hady berkata sering isterinya Cik Nor Jannah Nor Walid memberi saranan kepadanya terhadap baju yang akan dipakainya setiap minggu.

Kemudian, Hady akan memberi keputusan terakhir terhadap pilihan yang ingin dipakainya sebelum Ahad.

“Kami juga lakukan ini bersama dengan pasukan kami. Tapi memang isteri saya suka beri idea dan mencubakan pakaian kepada saya,” kata Hady lagi.

“Kadang pilihan itu mungkin saya rasa tak sesuai bagi saya atau ia kelihatan terlalu feminin.

“Kemudian kami bincangkan pilihan pakaian dengan beberapa designer, dan mereka akan membeli pakaian itu bagi saya.”

Hady berkata pilihan pakaian adalah sebahagian proses yang mencabar sepanjang minggu selepas menerima pilihan lagu daripada juri setiap malam Ahad.

Selain memilih pakaian, pasukan artistik beliau di Singapura juga harus merancang koreografi tarian dan cara penyampaian lagu di atas pentas.

“Bayangkan! Kami lakukan ini setiap minggu!” kata Hady lagi.

Berikut adalah senarai pakaian Hady sejak minggu pertama GV 10.

Minggu 1: Segalanya Ku Terima - Illusi

View post on Instagram
 

Minggu 2: How Am I Supposed to Live Without You oleh Michael Bolton

View post on Instagram
 

Minggu 3: Lemak Manis oleh Roslan Madun.

View post on Instagram
 

Minggu 4: Hady Mirza bersama Marsha Milan – Tentang Rahsia nyanyian Judika dan Shila Amzah

View post on Instagram
 

Minggu 5: Biru Mata Hitamku oleh Wings

View post on Instagram
 
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg