Filem perang ‘Malbatt: Misi Bakara’ raih RM32.5j setelah ditayang 5 minggu
Pengguna Berdaftar
Filem perang ‘Malbatt: Misi Bakara’ raih RM32.5j setelah ditayang 5 minggu
Pengarah Adrian Teh teruja filem Rejimen Askar Melayu Diraja atasi kejayaan filem fenomena ‘Paskal’
Sep 23, 2023 | 5:30 AM
ADRIAN TEH: Ingin patriotisme menjadi sebahagian renungan penonton filem lantas cenderung menghasilkan kisah sebenar perjuangan tentera. - Foto fail
Selama lima minggu Malbatt: Misi Bakara, filem patriotik dan bernadikan perjuangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Somalia yang ditayangkan di Malaysia dan Singapura, berjaya mengaut kutipan ‘box-office’ sebanyak RM32.5 juta ($9.46 juta).
Ia sesuatu yang membanggakan pengarah, Adrian Teh, yang juga nadi pengasas bagi filem yang mencetus fenomena, Paskal.
Laporan berkaitan
Pegawai berseragam veteran S’pura jadi penasihat taktikal filem Polis Evo, Malbatt: Misi BakaraSep 26, 2023 | 6:40 PM
Perang emosi demi misi menyelamat di SomaliaAug 17, 2023 | 2:41 PM

