Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pegawai berseragam veteran S’pura jadi penasihat taktikal filem Polis Evo, Malbatt: Misi Bakara

Mantan Inspektor Balai Mohd Raziff Mohd Yusoff dahulu bertugas sebagai pegawai penguatkuasaan, siasatan dan perisikan serta pakar jurulatih senjata api
Sep 26, 2023 | 06:40 PM



Lebih tiga dekad bertugas dalam kerja membasmi dadah, mantan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) ini belum puas berhenti daripada beraksi.

Di balik tabir beberapa filem aksi besar Malaysia, Encik Mohd Raziff Mohd Yusoff melatih dan memberi nasihat secara rapat, antara lain, kepada pelakon seberang tambak seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak agar mereka melaksanakan taktik kombat dengan tajam dan teliti di skrin pawagam.

Merangkul jawatan sebagai penasihat taktikal teknikal dalam kedua-dua filem Polis Evo 2 dan 3 terbitan Blackflag, misi baru mantan jurulatih senjata api pakar berusia 57 tahun itu adalah untuk menonjolkan taktik agensi penguatkuasa realistik sejajar apa yang diamalkan pihak penguatkuasaan Malaysia.


Selain francais Polis Evo, beliau juga terlibat dalam sebuah filem yang disiar di pawagam Ogos lalu, Malbatt: Misi Bakara, yang mengimbas kembali perjuangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Somalia pada 1993.


Filem itu telah berjaya mengaut kutipan ‘box-office’ sebanyak RM32.5 juta ($9.46 juta).







Apabila ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Mohd Raziff berkata:


“Meskipun filem-filem Polis Evo 2 dan 3 berlandaskan watak dan kejadian fiksyen, aksi yang dipaparkan para pelakon sedikit sebanyak melambangkan pegawai polis sebenar. Maka sebaiknya kami beri mereka nama dan paparan baik lagi tepat,” katanya ketika ditemui.


Menurut Encik Mohd Raziff, sehingga kini, beliau telah terlibat dalam lima filem aksi di seberang tambak.

Ini juga termasuk filem Pasal Kau! diterbit pada 2020 serta satu lagi filem yang bakal ditayangkan di pawagam suku kedua 2024 namun tidak boleh didedahkan tajuknya buat masa ini.


Antara artis yang telah beliau latih selain Zizan dan Shaheizy, termasuk Jeff Catz, Firdaus Rahman kededuanya dari Singapura, Hairul Azreen, Shafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Farali Khan serta bintang Indonesia Raline Shah dalam filem Polis Evo 2 dan 3, termasuk pelakon pembantu lain yang membentuk anggota pasukan gerak khas filem itu.

Dalam Malbatt: Misi Bakara, beliau menawarkan latihan senjata api dan taktikal asas kepada beberapa pelakon termasuk Shaheizy sebelum mereka melanjutkan penggambaran di Turkey.







Mengimbas sedikit terhadap kerjayanya dalam CNB, Encik Mohd Raziff menyertai pihak penguatkuasaan antidadah itu pada 1989 dan bersara pada 2021.

Selama lebih tiga dekad itu beliau terlibat dalam pelbagai bidang termasuk tugas penguatkuasaan, serbuan, siasatan, perisikan, seorang jurulatih serta pegawai pendakwa.

Beliau juga telah dikerah ke pelbagai negara dan telah meraih pelbagai kemahiran termasuk taktik kombat lanjutan.

Encik Mohd Raziff bercerita, beliau mendapat peluang bertugas sebagai penasihat taktikal menerusi seorang teman dari Malaysia bernama, Encik Kelvin Lee, yang mengendali sebuah tempat menembak, City Square Shooting Gallery (CSSG), di Menara TKSS, Kuala Lumpur pada 2017.







Kemudahan itu digunakan penerbit dan pengarah Encik Joel Soh untuk melatih pelakonnya dengan hasrat menajamkan kemahiran taktikal mereka, namun pada ketika itu jawatan seorang penasihat teknikal taktikal bagi kru filemnya masih kosong.

Atas saranan Encik Lee, Encik Mohd Raziff diperkenal pengarah dan penerbit itu dan kemudian mengambil tanggungjawab itu. Sebagai persiapan, pasangan itu juga membuat kajian teliti terhadap peralatan dan senjata api digunakan unit-unit tertentu Polis Diraja Malaysia.

Satu contoh ialah cara Shaheizy memegang pistol melintang tubuh badannya, yang menurut Encik Mohd Raziff adalah satu teknik dipelajari beliau semasa bertugas bersama Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) di luar negara dahulu.

“Pernah saya kata kepada Sam (Shahiezy). Cara beliau bawa watak dan angkat pistol memang sudah mantap, tetapi saya ingin tunjukkannya cara lebih baik,” kata Encik Mohd Raziff.

Dengan berseloroh, bapa tiga anak itu juga berkongsi, Shahiezy mendalami wataknya dengan begitu serius semasa penggambaran berlangsung.

“Ia betul-betul satu pengalaman yang berbeza melatih pelakon yang tidak mempunyai latar belakang mengendali senjata api,” katanya.







Encik Mohd Raziff berkata beliau bertuah dapat terus beraksi dalam bidang yang sangat digemari.

Sebagai seorang pesara, beliau akur tidak mudah mendapat pekerjaan yang membolehkan mantan pegawai sepertinya memanfaatkan pengalaman yang diraih sejak kian lama.

“Mungkin ini satu peluang yang telah disediakan bagi saya untuk teruskan kerjaya saya, dan dengan itu saya akan terus melakukan yang terbaik bagi filem-filem akan datang,” ujar Encik Mohd Raziff lagi.

“Rezeki itu tak ke mana-mana,” tambahnya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >