Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filem ‘Sheriff’ tak laku di Indonesia

Jun 1, 2024 | 12:49 AM
Tayangan filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ di 100 pawagam di Indonesia dihentikan tiba-tiba selepas gagal mendapat sambutan penonton.
Tayangan filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ di 100 pawagam di Indonesia dihentikan tiba-tiba selepas gagal mendapat sambutan penonton. - Foto ASTRO SHAW/SKOP PRODUCTIONS

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Sheriff: Narko Integriti, Syafiq Yusof reda apabila filem itu gagal mendapat sambutan di Indonesia sejak mula ditayangkan di 100 pawagam mulai 23 Mei lalu.

Syafiq berkata, walaupun tayangan filem itu ditamatkan secara mendadak, namun, beliau berfikiran positif dan berterima kasih atas peluang yang diberi.

“Filem Sheriff tidak mendapat sambutan di Indonesia. Jadi, banyak sesi tayangan dihentikan secara mendadak.

“Apapun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana. Terima kasih Indonesia,” katanya.

Syafiq berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di aplikasi X pada 31 Mei, yang ditukil Berita Harian (Malaysia).

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-ratanya berpandangan cita rasa penonton di Indonesia tidak sama dengan di Malaysia.

“Selera mereka mungkin lebih kepada cerita seram.

“Jangkaan mereka sangat tinggi... Susah nak tawan hati penonton sana,” tulis warganet.

Setakat ini, kutipan tiket filem berkenaan di Malaysia sudah mencecah RM60.5 juta *$17.4 juta).

Jumlah kutipan itu juga meletakkan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

Sheriff menampilkan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg