Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gabungan Bunga Citra Lestari, Yuna hasilkan lagu baru ‘Watak Utama’

Sep 24, 2024 | 4:22 PM
Lagu ‘Watak Utama’ kini di kesemua wadah muzik ialah gabungan pertama Yuna dan BCL
Lagu ‘Watak Utama’ kini di kesemua wadah muzik ialah gabungan pertama Yuna dan BCL - Foto TANGKAP LAYAR @itsmebcl

Akhirnya gabungan yang dinanti-nantikan oleh dua penyanyi wanita hebat dari dua negara menjadi kenyataan.

Artis Indonesia Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan singkatan BCL baru mengeluarkan single terbaru bersama artis Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yunalis Mat Zara’ai, atau Yuna.

Lagu terbaru itu adalah gabungan nyanyian dan ciptaan BCL dan Yuna – kali pertama dihasilkan.

Perkongsian tentang lagu berjudul ‘Watak Utama’ yang berentak Pop itu dimuat naik dalam Instagram @itsmebcl dengan kapsyen :

“Setelah bertahun-tahun ngobrolin tentang musik dan berandai-andai ‘Kapan kita punya projek bareng?’ Akhirnya rilis juga duet aku dan Yuna…”

Pada masa yang sama, Yuna pula teringatkan sewaktu zaman beliau menghadiri konsert Indie dan mengaku selalu mendengar lagu BCL ‘Aku dan Dirimu’ dalam perjalanan pulang.

Menurut Yuna, penerbit Pierre Jamerson telah menyiapkan lagu itu, dan apabila Yuna mendengarnya, beliau terus menghubungi BCL untuk mengajak beliau bergabung sama. Yuna teruja BCL setuju dan berkongsi dalam kapsyen Instagramnya:

“Bunga thanks for being you, for your input, and motivation making this project a dream come true and inspiring us all with your hardwork, tenacity and talent. I’m so happy this song is finally out. Love you and so proud to call you my sis!”

(Bunga terima kasih kerana menyatakan apa yang diinginkan, atas pandangan anda, dan motivasi menjadikan projek ini impian yang menjadi kenyataan dan memberi inspirasi kepada kami semua dengan kerja keras, ketabahan dan bakat anda. Saya sangat gembira lagu ini akhirnya terhasil. Suka awak dan sangat bangga untuk memanggil awak kakak ipar saya.”

Kededua artis hebat ini sebenarnya ada pertalian sebagai adik dankakak ipar kerana mendiang suami BCL, Asraf Sinclair, yang juga pelakon, pengacara dan model ialah adik kepada pengarah Adam Sinclair, suami kepada Yuna.

Ashraf Sinclair telah pun meninggal dunia pada Februari 2020 dan meninggalkan seorang anak lelaki bersama BCL. BCL kini sudah pun mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan usahawan, Tiko Aryawardhana pada penghujung 2023.

Peminat BCL dan Yuna boleh mendengar lagu ‘Watak Utama’ ini sekarang di kesemua wadah musik termasuk Spotify, Apple Music, YouTube dan lain-lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg