Topik diikuti
Pergi ke BHkuGabungan perata lembut dan kari ikan membuka selera
Gabungan perata lembut dan kari ikan membuka selera
Semasa menjamu selera dengan perata kosong di Restoran Aashiq, saya kagum dengan kelembutan teksturnya yang lembut, sedikit rangup dan berkelopak pada permukaannya.
Bau mentega dalam perata itu menjadikannya sangat menyelerakan, dan sedap dimakan meskipun tanpa kuah.
Bagaimanapun, hidangan itu paling sesuai dimakan bersama kari ikan.
Saya sangat suka kari ikan yang mempunyai rasa pedas dan masam yang seimbang.
Rasa pedas dalam kari yang tidak terlalu kuat membuatkan saya teringin untuk terus makan hidangan itu semata-mata untuk menikmati karinya.
Walaupun pada harga $1.50 – lebih tinggi daripada biasa – perata itu akan memenuhi kepuasan, malah sesuai dinikmati sebagai juadah makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain perata klasik biasa, saya mencuba perata telur berharga $2. Bagi perata telur pula, baunya aromatik, gebu dan mudah disiat.
Jika ingin mencari tekstur luaran perata yang rangup, perata telur tidak menawarkannya.
Perata telur yang sedikit manis dengan kari ikan memberikan keseimbangan yang enak untuk keseluruhan hidangan.
Restoran Aashiq mempunyai pelbagai jenis perata. Ia menawarkan 27 pilihan roti manis dan bukan manis seperti perata keju dan cendawan yang paling laris dan perata madu dan pisang.
Alamat: Blok 326, Jurong East Street 31, Singapura 600326
Waktu Operasi: 5.30 pagi hingga 12 tengah malam dan 12.30 tengah malam hingga 3 pagi
