#GAYARAYA
Ini boleh disifatkan sebagai lagu Hari Raya Generasi Z dengan irama muzik elektronik dan sisipan lontaran lirik ‘rap’.
Ditambah dengan suara mantap finalis Suara 2.0, anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) dan finalis Juara Mic Junior, anjuran Mediacorp Suria, Sarah Syazlina, #GayaRaya menjadi lagu santai yang menyentuh tentang sambutan Lebaran generasi muda dengan keseronokan merakam swafoto atau ‘selfie’ menjadi salah satu perkara wajib.
Ada juga tentang fesyen Raya kaum Adam dan kaum Hawa iaitu baik ketika menggayakan kebaya atau baju Melayu teluk belanga.
Pastinya lagu ini berpotensi menjadi irama TikTok yang dapat dipasarkan dengan lebih meluas.
Lagu ini seiringan dengan irama moden lagu Lebaran yang terkenal seperti, Raya Raya Raya, oleh Dolla dan Alamak Raya Lagi! oleh De Fam.
Gembira dapat mendengar lebih banyak lagu Hari Raya daripada bakat Singapura pada 2024.
#GayaRaya adalah yang dapat memberi keceriaan dan menambah suasana meriah sewaktu saling kunjung-mengunjungi. – HARYANI ISMAIL
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg