Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gegaran 5 pesta muzik sedunia

Jun 25, 2023 | 05:30 AM



Jika anda pencinta muzik, pastinya antara kegiatan yang menjadi tarikan tatkala anda mengembara adalah pesta muzik antarabangsa.

Apabila sempadan negara dibuka, banyak pesta muzik ikonik yang kembali mewarnai pentas seni sekali gus menarik pelancong yang dambakan hiburan sambil bersantai.

Berikut adalah lima pesta muzik antarabangsa yang bakal dianjurkan tahun ini yang boleh anda tinjau untuk nikmati sajian hiburan bermutu.

PESTA MUZIK ELEKTRONIK DAN DANSA AMSTERDAM (ADE) DI BELANDA

Bila: 18-22 Oktober


Tempat: Merata Amsterdam, Belanda


Mengapa harus kunjungi: Ia peluang untuk anda bukan sahaja dihiburkan tetapi belajar sesuatu tentang perkembangan muzik elektronik. Ada banyak persembahan ‘live’, ceramah dan perwakilan band genre sampingan elektronik seperti Suzanne Ciani dan Metropole Orkeste serta Jameszoo’s Blind Group.


BURNING MAN DI AMERIKA

Bila: 27 Ogos – 4 September


Tempat: Padang Pasir Black Rock, Nevada


Mengapa harus kunjungi: Acara seni dan budaya musim panas ini menarik perhatian pencinta muzik dan seni. Selebriti dan pempengaruh media sosial biasanya akan berebut menghadiri pesta ini. Ia adalah pentas global untuk bereksperimen dengan seni pelbagai genre. Tema pesta 2023 adalah ‘Animalia’ yang meraikan kerajaan haiwan yang berkongsi ruang dengan manusia.







PESTA JAZ MONTREUX DI SWITZERLAND

Bila: 30 Jun - 15 Julai


Tempat: Di beberapa lokasi sekitar Tasik Geneva, Switzerland, seperti Pusat Konvensyen Montreaux, Grand-Rue 95, Auditorium Stravinski dan 1820 Montreux


Mengapa harus kunjungi: Persembahan bertenaga daripada nama-nama besar seperti Bob Dylan, Nile Rodgers & Chic, Mavis Staples, Gilberto Gil & Family dan Caroline Polachek.







PESTAPORA 2023 DI INDONESIA

Bila: 22-24 September


Tempat: Gambir Expo Kemayoran, Gedung Pusat Niaga Arena JIEXPO Kemayoran Lantai 1


Mengapa harus kunjungi: Pesta ini menggabungkan pelbagai genre muzik dari pop, rok hingga dangdut. Ada Band, Ayu Ting Ting, Coldiac, HIVI!, Rizky Febian, Stand Here Alone, The Adams, Tipe-X, Yura Yunita dan ramai lagi akan mewarnai Pestapora 2023.







PESTA ROK FUJI DI JEPUN

Bila: 28-30 Julai


Tempat: Resort Ski Naeba


Mengapa harus dikunjungi: Lautan antara 100-000 hingga 150,000 hadirin membanjiri pesta rok dengan lokasi saujana mata memandang. Kawasan gunung-ganang resort ski ini menenangkan. Nama besar yang hadir termasuk The Strokes, Foo Fighters, Lizzo, Lewis Capaldi, Alanis Morissette, dan Weezer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >