Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Gelembungan Sulit’- cerpen berunsur saspens

Sep 17, 2023 | 5:30 AM
VIRUS: Serangan siber yang digeruni berlaku hanya dengan ketikan jari jemari (Gambar hiasan)
VIRUS: Serangan siber yang digeruni berlaku hanya dengan ketikan jari jemari (Gambar hiasan) - Foto fail

Rohman Munasip

Antara kekuatan sesebuah cerpen adalah unsur saspensnya. Itulah kesan pertama setelah membaca cerpen Gelembungan Sulit (Berita Minggu, 27 Ogos 2023) tulisan Siti Marina Ajmain.

Cerpen ini menceritakan bagaimana seorang pekerja yang diamanahkan menyimpan rahsia Ketua Jabatannya. Lebih menarik lagi pengarangnya berjaya ‘mengunci mulut’ dan turut menyembunyikan rahsia yang semakin bergelembung pada watak ‘Dia’. Ini membuat cerpen ini kuat mengasak rasa ingin tahu pembaca dan mahu terus membaca hingga menemui jawapannya.

Setelah sekian lama, dia mencuba sedaya mungkin mengemam dan menelan keterpaksaan itu sendiri. Kini, dia berasa tidak mampu lagi menanggungnya. Namun, dia khuatir akan menjejas pekerjaannya jika melanggar perintah ketuanya.

Dia telah memikirkan pelbagai cara untuk mengendurkan ketegangan yang dialami. Fikirannya sudah terlalu terganggu dengan ‘tugasan’ yang dirasakan bukan tanggungjawabnya.

Jalan keluar yang sempat dilakukan adalah dengan mengalihkan sedikit demi sedikit rahsia itu ke dalam blog peribadinya yang menggunakan nama samaran. Setidaknya, dia dapat merasakan bebanan itu semakin berkurangan.

Namun, usaha sulitnya itu terpaksa dijedakan apabila laptopnya rosak dan dihantar untuk dipulihkan. Di situ, kebocoran maklumat rahsia itu berlaku dan akibatnya dia ditahan polis untuk siasatan.

Unsur saspens terus dikekalkan pengarang sehingga membina klimaks cerpen ini apabila dia berdepan dengan Ketuanya. Di situ dia bakal tahu sama ada akan didakwa kerana membocorkan rahsianya atau akan dibebaskan dan menerima kembali dirinya untuk meneruskan pekerjaannya.

Cerpen Gelembungan Sulit karya Siti Marina Ajmain ini menarik dibaca sebagai cerpen yang mengandungi nilai kesetiaan. Pengarang cuba menekankan betapa benarnya peribahasa ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’ yang menguji kesetiaan seseorang yang memanggul amanah merahsiakan sesuatu dari pengetahuan orang lain.

Laporan berkaitan
Gelembungan SulitAug 25, 2023 | 9:35 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg