Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

K-DRAMA

‘Gyeongseong Creature’ lembab? Tunggu musim kedua: Park Seo-jun

Drama Korea Netflix ambil maklum balas secara serius untuk pancing penonton
Jan 18, 2024 | 03:49 PM



Maklum balas penonton bahawa drama Korea Gyeongseong Creature (Musim Pertama) memiliki jalan cerita yang ‘merangkak-rangkak’ diambil secara serius oleh pihak penerbitan karya yang disiarkan di wadah penstriman Netflix itu.


Pelakonnya, Park Seo-jun, 35 tahun, bahkan menjawab kritikan penonton mengenai pergerakan plot yang perlahan itu dan memberi jaminan musim kedua lebih pantas dan menyeronokkan.

“Saya sudah pun membaca ulasan penonton mengenai pergerakan perlahan plot musim pertama tetapi jangan khuatir. Anda akan seronok menyaksikan musim kedua yang lebih cepat jalan ceritanya dan mengandungi unsur-unsur yang tidak dijangka,” katanya dalam wawancara bersama akhbar The Korea Times.


Katanya lagi, sesebuah cerita yang berkesan memerlukan evolusi plot yang berisi dan utuh dan wujud kesinambungan dengan musim pertama agar penonton dapat memahami dan menikmati aspek berbeza pada musim kedua.

“Saya rasa anda perlu tonton musim pertama semula bagi dapatkan intipati jalan cerita musim kedua ini apabila ia disiarkan kelak,” tambahnya.

Gyeongseong Creature (Musim Pertama) meneroka beberapa aspek kisah sebenar Unit 731 sewaktu Perang Dunia Kedua dan impaknya pada Korea.


Unit 731 yang dimulakan di Harbin, China, membabitkan eksperimen penjajah Jepun yang dijalankan ke atas banduan China sewaktu perang dan orang awam secara sengaja dengan bahan jangkitan yang dimuatkan dalam bom yang direka untuk menyusup masuk dalam kulit banduan yang ingin dijangkiti.

Drama Korea ini menyelongkar detik bersejarah dan memaparkan perspektif pemikiran pencipta drama ini terhadap trauma yang datang daripada kepimpinan penjajah Jepun ke atas penduduk Korea.

Musim pertama Gyeongseong Creature terdiri daripada 10 episod yang penuh dengan babak menyayat hati.


Terdapat dua bahagian musim pertama yang disiarkan pada 22 Disember 2023 dan 5 Januari 2024.

Antara yang membuatkan penonton tersentuh adalah babak Chae-ok mencari ibunya dan percintaan antara Tae-Sang dan Chae-ok hinggalah usaha mencari identiti ‘raksasa’ (eksperimen nuklear) yang dimaksudkan.

Netflix masih lagi merahsiakan jalan cerita musim kedua drama ini tetapi yang diketahui adalah kesudahan babak tergantung daripada musim pertama iaitu Tae-sung dan Chae-ok masih hidup.

Mereka berdua hidup pada zaman sekarang pada usia yang sama seperti 1945.

Jelmaan semula atau ‘reincarnation’ adalah topik popular yang sering dibangkitkan dalam drama Korea.

Namun, tidak pasti apakah watak Chae-ok dan Tae-sang dalam musim kedua adalah keturunan watak pada musim pertama ataupun tidak.

Dalam wawancara The Korea Times, Park juga menyentuh tentang keinginannya untuk menjayakan drama yang menyingkap kehidupan pada zaman silam.


“Saya sukakan gabungan unsur sejarah dan genre tentang eksperimen nuklear yang mewujudkan semacam ‘raksasa’ pencetus musibah dalam drama Gyeongseong Creature ini.


“Pastinya saya seronok jadi orang dahulukala. Saya tidak mengejar populariti. Saya hanya bersyukur adanya orang yang suka dengan kerja seni saya. Walaupun sahabat karib dan anggota keluarga prihatin apabila saya menerima lamaran menjayakan drama ini, secara peribadi saya tidak bimbang,” ujarnya, yang tidak hiraukan ulasan drama tersebut yang bercampur-baur.

“Semua projek akan dapat reaksi sebegitu. Ada yang suka, ada yang tidak tetapi saya puas hati dengan drama ini,” tambahnya.

Pelakon wanita drama ini, Han So-Hee, 29 tahun, pula berkata memandangkan Gyeongseong Creature merupakan drama pertamanya dalam tempoh dua tahun dan merupakan kerja seni yang berlatarbelakangkan era silam, beliau perlu peka tentang tabiat orang pada masa itu.


“Saya terlalu fokus pada penggambaran sehinggakan saya tak hiraukan apa yang berlaku di sekitaran saya.

“Saya dan watak Chae-ok pula sama dari segi kecekalan hati kami. Sejurus bertekad nak buat sesuatu, kami akan pastikan segalanya akan dibereskan sampai akhir agar selepas itu akan rasa lebih lega dan selesa.

“Saya tidak fikir Chae-ok menghabiskan masa 10 tahun lamanya mencari ibunya hanya kerana dia merindui si ibu. Pencariannya adalah bagi memastikan dia dapat bersemuka dengan ibunya bagi mengesahkan duduk perkara sebenar,” cerita Han dalam wawancara berasingan bersama majalah Elle.


Drama ini juga adalah drama aksi pertama Han sejak My Name.


Apabila ditanya apakah yang beliau sukakan tatkala menjayakan drama aksi, beliau menjawab:

“Saya seronok melakukan aksi fizikal dalam drama aksi. Tidak kira betapa awal anda berlatih dan berapa banyak peralatan keselamatan yang anda gunakan, anda tidak tahu apa yang boleh berlaku dalam set.

“Keseronokan menumbuk, meyakini satu sama lain dan kepuasan yang dirasakan apabila segalanya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang berdasarkan sikap saling mempercayai terasa luar biasa sekali.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >