Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hady Mirza temui peminat 30 Dis, hargai sokongan ‘All Stars Gegar Vaganza’

Dec 22, 2023 | 03:37 PM



Setelah menyandang tempat kedua atau naib johan di All Stars Gegar Vaganza yang dianjurkan Astro Ria baru-baru ini, penyanyi Singapura Hady Mirza berkata beliau ingin memberikan penghargaan istimewa untuk peminat-peminatnya di sini.

Menurut penyanyi bersuara lunak itu, acara ‘meet and greet’ akan diadakan pada 30 Disember ini dari jam 12 tengah hari hingga ke enam petang.

“Tujuan ‘meet and greet’ ini adalah untuk berjumpa dengan peminat-peminat saya, terutamanya mereka yang telah lama menyokong saya tetapi tidak dapat menyaksikan persembahan saya. Saya ingin bertemu dengan semua peminat saya dan memberikan penghargaan saya kepada mereka..” kata Hady kepada Berita Harian (BH).

Sesi 6 jam itu akan dibahagikan kepada tiga – bermula dari jam 12 tengah hari, kemudian sesi kedua akan bermula pada jam 2 petang, dan yang ketiga bermula dari 4 petang.

Acara itu bakal diadakan di Era APAC Centre Auditorium yang terletak di Toa Payoh, dan dihadkan kepada 1,000 orang.

Pihak Hady mengesyorkan pendaftaran awal agar peminat tidak terlepas peluang berjumpa dengan penyanyi kegemaran mereka.

Setiap yang datang akan menerima poster eksklusif yang ditandatangani sebagai cenderamata.

Persembahan Hady Mirza selama 12 minggu di musim ke-10 Gegar Vaganza memang menakjubkan sehingga ada yang mengusiknya sebagai ‘anak emas’ pengadil, kerana sentiasa memberi persembahan yang mantap dan mendapat pujian dari semua yang menonton persembahannya.

Cara Hady menonjolkan dirinya di musim ke-10 juga berbeza dengan penampilan yang lebih berani tetapi tetap segak. Dikatakan busana persembahan kali ini telah diilhamkan bersama isterinya sendiri, Cik Nurjannah Nur Wahid, yang merupakan tulang belakangnya sepanjang peraduan tersebut.

Mereka yang berminat untuk menghadiri sesi ‘Meet & Greet’ bersama Hady Mirza boleh ke laman ini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc2mc4CRuTmoG5Q4zG4P0dZQkDLwXK…




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >