Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hannah sebak bayi tak bernyawa selama sebulan dalam kandungan

Apr 01, 2024 | 05:45 PM



Detik menyedari kandungan yang disangka mencecah usia 13 minggu disahkan doktor tidak lagi bernyawa, cukup meninggalkan kesan emosi kepada pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha.

Berkongsi perasaannya kepada Berita Harian Malaysia (BHM), Hannah berkata detik itu tidak akan dilupakannya, sampai bila-bila.


“Bayangkan, kali pertama nampak bayi kita pada mesin imbasan, tentulah rasa sangat teruja. Namun, tidak sampai beberapa minit, wajah doktor berubah.

“Beberapa kali doktor buat semakan. Kemudian, beliau panggil seorang lagi doktor untuk mendapatkan kepastian.

“Akhirnya, mereka sahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu. Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu?

“Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita sangat menyedihkan,” katanya.

Pada 17 Mac, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui wadah media sosial, X.

Dalam perkongsian itu, Hannah memberitahu pengumuman itu dibuat kerana mahu berkongsi perasaan dengan wanita yang mengalami nasib serupa.

Mengiringi hantaran itu, Hannah turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi bayinya itu.

Hannah berkata beliau menangis bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir, sebaliknya trauma mengenangkan saat menerima berita duka itu dan kesakitan menjalani prosedur ‘mencuci rahim’.

Dalam satu wawancara berasingan dengan Harian Metro, Hannah yang berlakon dalam drama, Andai Itu Takdirnya, berkata:


“Sepanjang hidup, saya tak pernah masuk hospital atau melalui sebarang pembedahan.

“Jadi saya agak trauma lebih-lebih lagi apabila kebahagiaan yang saya rasa sewaktu doktor melakukan ujian kehamilan, tiba-tiba dalam tempoh seminit saja bertukar menjadi sesuatu yang mengejutkan.

“Waktu itu semuanya berlaku sangat pantas apabila doktor memberi saya dua pilihan sama ada nak menjalani pembedahan untuk gugurkan kandungan atau biarkan segalanya berlaku secara normal (semula jadi).

“Masa nak buat keputusan itu saya sangat takut kerana semuanya kali pertama untuk saya.

“Namun akhirnya saya mengambil keputusan melakukan pembedahan kerana kalau secara normal saya perlu ambil pil dan janin akan ‘jatuh’ dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

“Saya enggan mengambil sebarang risiko dan teruskan dengan pembedahan,” katanya.

Menurut Hannah, doktor memaklumkan beliau mengalami keguguran sewaktu kehamilannya sudah mencecah tiga bulan.

“Saya tidak berdepan sebarang tanda-tanda keguguran seperti keluar darah atau sakit di bahagian perut, malah badan saya berasa seperti sedang hamil.

“Kali pertama membuat pemeriksaan, doktor beritahu kandungan saya berusia empat minggu, namun selepas pemeriksaan kali kedua, doktor maklumkan janin dalam kandungan sudah tidak bernyawa. 

“Jujurnya, kehamilan anak pertama ini memang tidak dirancang.

“Rezeki hadir ketika saya terikat dengan pelbagai tawaran kerja hingga perlu memberi sepenuh komitmen. Jadi sebab itu juga saya agak terkesan dengan keguguran ini,” katanya.

Hannah berkata andai dikurniakan rezeki hamil, beliau mahu lebih berhati-hati termasuk menguruskan kerja dengan bijak dan tidak bergerak aktif.

Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >