Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Jumpa di syurga nanti sayang’: Pelakon Hannah Delisha kongsi kisah keguguran

Mar 18, 2024 | 3:36 PM
Hannah Delisha dan suaminya, Iman Shah yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, keguguran anak pertama
Hannah Delisha dan suaminya, Iman Shah yang sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, keguguran anak pertama - Foto INSTAGRAM @HANNAHDELISHA

Pelakon jelita asal Singapura, Hannah Delisha, berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui hantaran di wadah media sosial X.

Dalam hantaran itu, Hannah memberitahu, pengumuman itu dibuat kerana mahu berkongsi perasaan dengan wanita yang mengalami nasib serupa.

“Kali pertama melalui pengalaman keguguran. Saya titip rasa kasih dan sayang serta kekuatan kepada semua wanita yang kehilangan bayi ketika dalam kandungan.

“Duka yang tidak tertanggung. Pengalaman yang telah dialami ramai orang, namun, hanya segelintir sahaja yang dapat bercakap mengenainya.

“Saya harap mereka yang membaca hantaran ini tahu mereka tidaklah melalui situasi itu sendirian.

“Semoga Allah menyembuhkan kita, meringankan rasa sakit kita dan mengisi hati kita dengan kedamaian dan kesejahteraan. Insya-Allah jumpa di Syurga nanti sayang,” tulisnya.

Mengiringi hantaran itu, Hannah juga memuat naik foto imbasan ultrabunyi bayinya itu.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Hannah dan mendoakan semoga pelakon itu terus dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

BH menghubungi ibu mertua kepada Hannah, pelakon veteran Cik Mariana Yati, dan beliau memaklumkan Hannah masih berada di hospital ketika ini.

“Sedihlah, kami sekeluarga turut sedih dan kami mohon doa dari semua,” katanya pada BH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg