Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hati Aina tergores dengar sorakan apabila gagal jadi juara AJL

Feb 26, 2025 | 6:20 PM
Hati penyanyi dan penggubah lagu, Aina Abdul, tergores apabila dirinya seakan-akan tidak dihargai, malahan, ada netizen yang tidak putus-putus mengecamnya dan meluahkan rasa gembira apabila beliau tidak memenangi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), pada 16 Februari.
Hati penyanyi dan penggubah lagu, Aina Abdul, tergores apabila dirinya seakan-akan tidak dihargai, malahan, ada netizen yang tidak putus-putus mengecamnya dan meluahkan rasa gembira apabila beliau tidak memenangi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), pada 16 Februari. - Foto INSTAGRAM AINA ABDUL

Siapa yang tidak sedih jika bakat yang ada pada dirinya tidak dihargai, malahan kecaman datang bertubi-tubi sepanjang membina kerjaya seni.

Itulah yang berlaku pada penyanyi dan penggubah lagu, Aina Abdul, atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31 tahun, apabila terdengar sorakan penonton Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berpuas hati apabila dirinya tidak muncul sebagai juara.

Menurutnya, kecaman itu diterima, seolah-olah menidakkan usahanya dalam memberikan persembahan bermutu dalam setiap pementasannya.

Hati Aina begitu tergores, sebagaimana yang dikongsi dengan Berita Harian Malaysia (BHM).

“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, rasa macam apa sahaja yang dibuat untuk AJL dengan memberikan persembahan bermutu tidak dipandang kerana mereka tidak melihat kepada mutu.

“Saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini. Sebab saya hanya ada satu matlamat sahaja.

“Saya akan teruskan berjalan. Selagi ada sokongan daripada keluarga kecil, saya akan rasa baik-baik sahaja,” katanya yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen koleksi Amber bertema, Raya Romantics, pada 24 Februari.

Bagaimanapun, Aina enggan terus larut dengan kecaman negatif dan memilih untuk terus melakukan apa yang disukai.

Bagaimanapun, juara AJL37 itu mengakui, tidak boleh lari daripada tempias negatif yang tidak henti-henti dilemparkan kepadanya, namun apa yang boleh dilakukan hanya terus kekal positif.

“Minda saya, alhamdulillah. Saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah selepas AJL39. Bukan saya lemah, tapi lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.

“Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen negatif. Sebab benda negatif ini akan sampai tenaganya walaupun saya cuba elak. Sebab tetap ada yang datang melaporkan perkara negatif kepada saya.

“Namun, saya faham, semua orang bebas untuk bercakap. Saya mahu kekal tenang dan buat kerja saya.

“Saya ada banyak benda nak buat. Kalau saya beri lebih masa kepada benda negatif, saya takut merajuk sampai bila-bila,” katanya lagi.

Beliau akur mempunyai perkara yang perlu dijaga seperti keluarga dan syarikat yang perlu diuruskan.

“Saya tidak akan berhenti melakukan apa yang saya lakukan. Setiap kali buat persembahan saya akan berikan yang terbaik, bukan nak menunjuk tetapi itulah yang patut saya buat.

“Saya belajar dariapda Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Anita Sarawak dan orang lama yang berkarya atas pentas. Saya mahu menjadi seperti mereka. Itu cara saya memperagakan jiwa dan raga saya,” katanya lagi.

AJL39 dimenangi lagu Hening Rindu, dendangan Marsha Milan.

Ia dicipta bersama penggubah lagu dan penyanyi, Ikhwan Fatanna, 34 tahun, dan Wan Saleh, 30-an tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg