Lawatan saya ke wilayah Xinjiang, China, pada September lalu melakar pelbagai pengalaman luar biasa yang mengesankan, menyentuh hati, dan mencetuskan renungan mendalam.

Perjalanan ini merangkumi empat bandar utama – Urumqi (empat hari), Turpan (dua hari), Kashgar (empat hari), dan Tashkurgan (satu hari) – setiap satu menyajikan perspektif berbeza tentang budaya, sejarah, dan warisan Islam.