Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

A Aida tawar Dharma berlakon

Jul 10, 2025 | 1:52 PM
Aida (kiri) ketika melawat Dharma (tengah) di kediamannya di Wangsa Maju pada 8 Julai.
Aida (kiri) ketika melawat Dharma (tengah) di kediamannya di Wangsa Maju pada 8 Julai. - Foto ihsan A AIDA

KUALA LUMPUR: Rayuan bintang filem ‘box office’ era 1980-an, Adik Manja, iaitu Dharma Harun Al Rashid, 68 tahun, agar diberi ‘job’, akhirnya didengari penerbit terkenal, Datuk A Aida.

Aida yang mengasaskan A Aida Production menawarkan watak ayah dalam projek telefilem, Kisah Cinta Kau & Aku kepada Dharma.

“Hati saya cukup tersentuh setiap kali terbaca kisah hidup Dharma. Saya tahu Dharma pelakon berbakat besar dan kebetulan, syarikat produksi saya sedang menyiapkan naskhah baru untuk diterbitkan.

“Saya minta skrip diolah semula dan cipta watak khas untuk Dharma. Watak itu sebelum ini mahu diberi kepada pelakon wanita, iaitu sebagai ibu. Namun, kita ubah kepada watak ayah yang akan dilakonkan Dharma,” katanya kepada BH Online.

Aida juga berkunjung ke rumah Dharma di Wangsa Maju di sini pada 8 Julai, bagi menyatakan hasrat menyunting pelakon veteran itu menjayakan watak ayah dalam projek telefilem Kisah Cinta Kau & Aku.

Sebelum ini, Dharma dilapor berharap diberi ‘job’ bagi menyara hidupnya dan keluarga selepas mendakwa tiga tahun tidak ditawarkan peluang pekerjaan hingga mata pencarian terjejas.

Aida enggan memberi tekanan kepada Dharma untuk menghidupkan watak itu dan berharap, ‘job’ ditawarkan dapat memberinya semangat untuk kembali aktif.

Sementara itu, Dharma terharu dan tidak menyangka Aida memberi peluang kepadanya berlakon.

“Saya fikir Aida datang melawat, mungkin kerana prihatin dengan keadaan saya. Rupa-rupanya, dia buka mulut dan tawarkan watak kepada saya.

“Pada usia begini, tidak sangka masih ada pihak yang percaya dan sudi hulurkan peluang kepada saya,” katanya.

Selain Dharma, telefilem Kisah Cinta Kau & Aku menampilkan Aniq Suhair dan Azeva Natassha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg