Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon 80-an, Dharma hidap pelbagai penyakit, berat badan hanya 45kg

Jul 3, 2025 | 3:12 PM
Penampilan terkini Dharma yang dikongsi anaknya melalui Instagram Story menunjukkan keadaannya yang sangat kurus.
Penampilan terkini Dharma yang dikongsi anaknya melalui Instagram Story menunjukkan keadaannya yang sangat kurus. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM/ DHARMAHARUNALRASHID

KUALA LUMPUR: Keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69 tahun, semakin merosot.

Perkara ini dimaklumkan anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq, di Instagram Story pada 2 Julai.

Syafiq memuat naik foto Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

“Tak apa... Isteri tak ada, Allah ada, janji masih boleh solat.

“Ayah saya semakin kurus. Tetapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi. Tetapi, tak apa, setiap masalah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar suatu hari nanti dapat kerja yang sempurna,” tulisnya.

“Sokongan ramai dan doa orang yang buat kami masih boleh bernafas dalam ruang udara yang sempit. Hendak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil saja dugaan ini, ramai lagi susah diluar sana. Kena bersyukur dan tabah,” tambahnya.

Dharma yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila ketika dihubungi Harian Metro Online menerusi WhatsApp berkata berat badannya kini hanya 45 kilogram.

Dharma turut memaklumkan kini menghidap gastrik, asma, bengkak bahagian jantung dan paru-paru serta menhidap tiroid.

Terdahulu, Dharma sukar bertutur dengan lancar selepas mengalami serangan angin ahmar pada 2019.

Dharma juga berhadapan situasi sukar untuk mengingati apa-apa berikutan kesukaran bercakap yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam kerjaya seni sama ada mengarah atau berlakon.

Pada masa sama, Dharma bergantung pada ubat-ubatan selain perlu membuat latihan bagi menguatkan semula ingatan sebagaimana disarankan doktor.

Penderitaanya mendapat perhatian pelbagai persatuan seni tanah air serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kunjungan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi sempena Program Ziarah Madani di kediamannya, tahun lalu.

Dharma kini tinggal bersama Syafiq, 36 tahun, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37 tahun, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg