Topik diikuti
Pergi ke BHkuAliff Aziz curi perhatian ramai kongsi video bersama Acha Septriasa
Aliff Aziz curi perhatian ramai kongsi video bersama Acha Septriasa
Aliff Aziz curi perhatian ramai kongsi video bersama Acha Septriasa
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video bersama aktres popular Indonesia, Acha Septriasa di Instagram.
Penyanyi lagu Sayang Sayang itu dipercayai berada di Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah projek bersama aktres terkenal berkenaan.
Bagaimanapun, Aliff tidak berkongsi butiran lanjut mengenai projek yang dijayakan, sebaliknya hanya memuat naik kapsyen ringkas, lapor BH Online.
“Tuhan tahu kita saling cinta, namun semesta menuntun kita ke jalan yang berbeza,” tulisnya sambil menyertakan emoji bunga layu dan frasa ‘work mode on’ (kembali ke mod kerja).
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan kata-kata positif serta sokongan terhadap artis kelahiran Singapura itu.
“Maju terus Aliff. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup Aliff di mana pun berada,” tulis seorang peminat.
Pada 2024, Aliff terpalit dengan kes khalwat membabitkan pelakon Ruhainies ketika masih bergelar suami kepada Bella Astillah.
Sejak itu, kerjaya seni pelakon berkenaan dilihat agak suram.
Bagaimanapun, sejak awal 2026, kerjaya Aliff yang sudah bercerai dengan Bella, kembali aktif apabila membintangi drama Madu Atau Racun bergandingan dengan pelakon Uqasha Senrose.
