Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amir Nafis tidak kejar Piala Oscar lagi, hanya mahu perkasa lakonan

Jul 27, 2025 | 5:30 AM
Pelakon Amir Nafis lebih realistik dalam mengatur perjalanan seni selepas perancangan dalam bidang lakonan terjejas dek pandemik Covid-19 yang melanda beberapa tahun lalu.
Pelakon Amir Nafis lebih realistik dalam mengatur perjalanan seni selepas perancangan dalam bidang lakonan terjejas dek pandemik Covid-19 yang melanda beberapa tahun lalu. - Foto INSTAGRAM AMIR NAFIS

Pernah menyimpan impian untuk menggenggam piala Oscar sebagai bukti keunggulan dalam lakonan, pelakon Malaysia, Amir Nafis, 33 tahun, kini memilih untuk lebih realistik dalam mengatur perjalanan seninya.

Amir, atau nama sebenarnya, Amir Nafis Ma’arof, mengakui bahawa pandemik Covid-19 mengajar beliau lebih merendah hati dengan meningkatkan kemahiran mendalami dunia lakonan sebaik-baiknya, bukan lagi mengejar impian meraih piala.

Pelakon dalam drama  bersiri, One Cent Thief, itu akur lebih tekun dalam memberi yang terbaik bagi setiap naskhah lakonannya.

“Biasalah, apabila kita memulakan sesuatu, kita mesti ada cita-cita tinggi. 

“Pada mulanya, saya mahu berlakon di pentas antarabangsa dan mengejar Piala Oscar.

“Alhamdulillah, saya juga dapat berlakon dengan pihak penerbitan di Indonesia dan China, malah hampir menjayakan projek filem Eropah di Italy.

“Namun, tiba-tiba dunia diserang wabak Covid-19 pula ketika itu.

“Saya lihat perjalanan ini sudah cantik (sebelum pandemik). Namun, pandemik Covid-19 mengajar saya untuk merendah hati.

“Apa pun perancangan kita, Allah lebih berkuasa. 

“Ibaratnya, saya sekarang memulakan kembali kerjaya selepas pandemik,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau ditemui BHM di balai berita di Bangsar, Malaysia, semasa sesi merakam gambar sambil mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu, Paraxnormal.

Di samping itu, Amir yang belajar untuk mula dari bawah, bersyukur dirinya diterima penerbit bagi menjayakan filem pecah panggung, Sheriff (2024) dan Blood Brothers: Bara Naga (2025).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg