Topic followed successfully
Go to BHkuAnak Betty Benafe dakwa dimanipulasi pandang serong ibu
Anak Betty Benafe dakwa dimanipulasi pandang serong ibu
Konflik isu hak jagaan berlarutan antara pelakon itu bersama bekas suami, meski sudah lapan tahun berpisah
Anak Betty Benafe dakwa dimanipulasi pandang serong ibu
KUALA LUMPUR: Anak Betty Banafe, iaitu Julia Claire Dargus, 13 tahun, mendakwa dia dan adik lelaki adalah mangsa manipulasi emosi oleh bapa kandung untuk memandang serong terhadap ibu sendiri sejak kecil.
Julia mendakwa pendedahan itu bertujuan memperbetulkan persepsi umum susulan video tular membabitkan ibunya, baru-baru ini, lapor BH Online.
Julia mendakwa dia dan adiknya, Bruce Dean Dargus, 10 tahun, pernah dipaksa menghadiri sesi bersama bapa mereka di pejabat, yang didakwa digunakan untuk memburukkan imej ibu mereka secara berterusan.
Julia mendakwa pengalaman itu memberi kesan mendalam terhadap emosinya sehingga memerlukan rawatan terapi dan beliau sedang berusaha untuk pulih.
“Sebenarnya, saya, ayah dan adik lelaki saya ada satu sesi di mana ayah paksa kami naik ke pejabat dan bercakap buruk mengenai emak saya tanpa henti.
“Boleh kata dia (ayah) cuba ‘brainwash’ saya dan adik supaya benci ibu kami sendiri.
“Saya pergi ke sesi terapi disebabkan perkara ini dan saya sedang cuba untuk pulih,” luahnya di Tiktok.
Pada masa sama, Julia meminta orang ramai bantu menyebarkan video dikongsi di TikTok sebagai tanda sokongan terhadap ibunya dalam usaha menuntut keadilan.
Ini terutamanya berkaitan hak penjagaan anak yang diperjuangkan sejak lapan tahun lalu.
“Saya minta tolong awak semua untuk kongsi video ini supaya ibu dapat keadilan, iaitu selepas lapan tahun dia berjuang untuk saya dan adik di mahkamah.
“Saya betul-betul sudah tidak tahan lagi dengan semua perkara ini.
“Apa yang saya beritahu awak semua ini baru sedikit sangat, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang dia (Ayah) buat.
“Satu perkara lagi, saya betul-betul mahukan keharmonian dan keadilan,” dakwanya.
Baru-baru ini, tular video memaparkan bekas suami Betty hadir ke kediaman bersama peguam bagi urusan berkaitan anak mereka.
Sebelum ini, Betty dilaporkan meluahkan rasa kesal terhadap konflik isu hak jagaan dua anaknya yang berlarutan walaupun sudah lapan tahun berpisah bersama bekas suaminya, Bruce.
Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia dan Bruce.

