Kontroversi Celebfest: Usahawan S’pura terkejut kenyataan Erma Fatima dirinya ‘tidak setaraf’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kontroversi Celebfest: Usahawan S’pura terkejut kenyataan Erma Fatima dirinya ‘tidak setaraf’

Mar 5, 2026 | 5:32 PM

Kontroversi Celebfest: Usahawan S’pura terkejut kenyataan Erma Fatima dirinya ‘tidak setaraf’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Celebfest, Erma Fatima, Betty Rahmad
Usahawan jenama Waistlab, Alif Adam tuntut maaf daripada Betty Rahmad untuk pekerjanya, yang mendakwa Betty bersikap biadab. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK @ALEAFADAM

Pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima menganggap dakwaan terhadap adiknya, Betty Rahmad, bersikap biadab terhadap pekerja di bazar Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’, apatah lagi dilakukan pada bulan Ramadan.

Menjawab pertanyaan media di Malaysia dan saranan ramai untuk menyaman Alif, Erma berkata:

“Budak yang saya tak tahu siapa, asal usul dia pun saya tak tahu, sebab itu saya tak mahu beri sebarang kenyataan atau komen… ada juga yang minta saya saman, tapi bagi saya, tak berbaloi.

“Jadi, bagi pendapat saya, dia bukan setaraf saya untuk saya bercakap fasal dia. Maaf, bunyi macam kurang ajar tapi dia yang patut belajar beradab,” ujarnya lagi.

Usahawan muda dari Singapura, Alif Adam, 31 tahun, yang membuat dakwaan terhadap sikap Betty di media sosial sebelum ini, hanya mampu beristighfar apabila membaca respons tersebut.

“Kata Erma Fatima saya bukan setaraf dengannya,” kata Alif kepada Berita Harian, jelas terkejut dengan kenyataan tersebut.

“Sejujurnya saya rasa tersinggung. Ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian seseorang dalam hidup, ini hanya memburukkan keadaan.”

Kecoh di media sosial berlaku apabila Alif, pengasas Waistlab – jenama produk pembentuk pinggang memuat naik video mendakwa Betty bersikap biadab terhadap pekerjanya di reruai Celebfest@Ramadan 2026 pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Suntec.

Video itu, yang telah ditonton hampir 3 juta kali, menunjukkan Alif, menceritakan kejadian yang berlaku. Menurutnya, Betty, seorang pelakon dan usahawan, datang ke reruainya bersama seorang rakan dan menjerit kepada pekerja, “I want this!”

Alif memberitahu BH terdapat beberapa saksi yang berkongsi pengalaman mereka tentang kejadian itu, termasuk dua pekerjanya yang ketika itu sedang sibuk melayan pelanggan kira-kira jam 3 petang.

“Saya sedang dalam perjalanan dan berada di tempat meletak kereta apabila mendapat mesej daripada pekerja yang mengadu seorang selebriti bersikap biadab terhadapnya.

“Tidak kurang daripada lima saksi dalam kalangan pelanggan kami tampil dan berkongsi pengalaman itu dengan saya.”

Alif juga mendakwa Erma Fatima berlagak sombong semasa beliau membeli sambal dari reruai itu pada 2025.

“Saya beli sebotol sambal, dan Erma menjeling dan berkata, Beli satu je?” kata Alif di kapsyen videonya.

Susulan video tular tersebut, Betty tampil dalam sebuah video untuk memberi penjelasan dari sudutnya:

“Untuk apa saya nak pergi pekik? Takkan lah cakap ‘I want this’ pun tak boleh?

“Sangat-sangat tidak berasas, menimbulkan fitnah, syak wasangka, dan mencipta senario yang berbeza daripada apa yang saya ceritakan sekarang,” kata Betty dalam video yang dimuat naik dan dikongsi oleh beberapa media Malaysia.

Alif segera memberi respons terhadap kenyataan itu:

“Lihat sahaja di bahagian komen di bawah video, awak boleh lihat berapa ramai orang telah mengalami pengalaman buruk dengan awak. Awak tidak akan terlepas daripada sikap atau kurang adab awak.

“Kuasa dan kedudukan tidak memainkan peranan dalam soal adab,” kata Alif, menekankan video itu bukan bertujuan untuk mendapatkan perhatian.

Walaupun begitu, Alif mengucapkan terima kasih kepada Betty kerana telah meminta maaf kepada pekerjanya, namun beliau tetap berpegang kepada penilaiannya tentang selebriti itu.

Netizen yang meninggalkan komen di video Alif memberi sokongan, termasuk seorang saksi dari akaun @AyuTuah:

“Kawan-kawan saya sedang membayar. Saya tak dapat pastikan jika Betty memekik, kerana suasana di sekeliling agak bising, tetapi intonasinya memang tidak baik. Walaupun begitu, pekerja anda melayannya dengan baik dan penuh hormat,” tulisnya.

Seorang lagi pengikut TikTok, @meynimarini, memberi pandangan untuk meredakan keadaan:

“Kalau benda boleh huraikan secara peribadi, lagi tenang. Tak semua benda perlu court of public opinion (pendapat awam).

“Media sosial ini bukan tempat paling adil untuk cari kebenaran sebab orang nilai ikut video 30 saat, bukan keseluruhan situasi. Mungkin dua-dua pihak ada salah faham. Harap boleh selesai secara baik.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg