Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal, tewas dek barah paru-paru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal, tewas dek barah paru-paru

Berita duka dikongsi Amyza di Instagram
Feb 24, 2026 | 1:19 AM

Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal, tewas dek barah paru-paru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Amyza Aznan, Andre Mikhail, barah paru-paru
Ramadan yang pilu buat pelakon Malaysia, Amyza Aznan, apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, 23 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan barah paru-paru tahap tiga. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Anak sulung pelakon Malaysia, Amyza Aznan, Andre Mikhail, 23 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan barah paru-paru tahap tiga.

Berita duka itu dikongsi Amyza, 50 tahun, menerusi hantaran Instagram Story (IGs), sebentar tadi, lapor Berita Harian Malaysia (BHM)

“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar, telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Amyza turut berkongsi foto seorang pegawai perubatan yang sedang melakukan pemeriksaan kepada anaknya itu.

Perjalanan Andre Mikhail melawan barah paru-paru

Sebelum ini, Amyza merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang difahamkan berada pada tahap kritikal.

Melalui deretan hantaran di IG, Amyza dilihat tidak henti mengharapkan pertolongan daripada orang ramai untuk membantu anak itu.

Pada Februari tahun lalu (2025), Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap barah paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18 tahun, pula disahkan barah tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg