Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Amyza Aznan sambut Lebaran penuh kepiluan

Apr 2, 2025 | 2:26 PM
Anak sulung pelakon Amyza Anan, Andre Mikhail Khairul disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Anak sulung pelakon Amyza Anan, Andre Mikhail Khairul disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. - Foto INSTAGRAM AMYZA AZNAN

KUALA LUMPUR: Aidilfitri tahun ini (2025) menjadi detik penuh emosi bagi pelakon, Amyza Aznan apabila beliau menyambut Lebaran dengan hati yang berat selepas anak sulung, Andre Mikhail Khairul, 22 tahun, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Detik pilu itu dikongsi Amyza menerusi Instagram yang memperlihatkan beliau dan bapanya, tidak dapat menahan air mata melihat Andre sedang berjuang melawan penyakit pembunuh senyap itu.

Menurut Amyza, ayahnya ‘gagal’ untuk tidak bersedih walaupun sedaya upaya menutupinya dengan memakai cermin mata gelap.

“Ayah gagal. Janji tak nak sedih, tapi gugur akhirnya air mata seorang lelaki...

“Ayah pandai pakai cermin mata hitam nak menutupi kesedihan, tapi ayah gagal tipu kami,” katanya.

Pada masa yang sama, Amyza yang sentiasa berada di sisi anaknya sejak disahkan menghidap penyakit berbahaya itu, tidak dapat menipu diri sendiri.

“Kami semua pun gagal tipu diri sendiri,” katanya.

Perkongsian Amyza di Instagram dihujani pelbagai komen positif daripada rakan selebriti dan pengikutnya.

Antara selebriti yang memberi kata-kata semangat ialah Sharifah Shahira, Amyra Rosli, Salwa Abdul Rahman.

Amyza turut memberitahu, anaknya adalah insan yang kuat sama sepertinya.

“Andre kuat macam saya,” balas Amyza di ruangan komen Sharifah Shahira yang meminta anaknya terus kuat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg