Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Andi Bernadee nafi ambil barang terlarang, kurus sebab jaga makan

Jul 29, 2025 | 3:49 PM
Andi Bernadee, kurus
Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, menafikan sangkaan warganet di media sosial bahawa beliau mengambil barang terlarang untuk kurus. Sebaliknya, beliau berhasil menurunkan berat badan melalui penjagaan pemakanan. - Foto HARIAN METRO

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Andi Bernadee, 35 tahun, menafikan beliau mengambil sebarang ubat atau bahan terlarang untuk menurunkan berat badannya.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, berkata beliau berjaya menurunkan berat badan disebabkan hasil menjaga pemakanan.

“Alhamdulillah, saya sihat dan baik-baik sahaja. 

“Jadi, semua peminat tidak perlulah berasa risau dengan penurunan berat badan ini.

“Saya tidak ambil Ozempic (ubat pelangsing badan) atau dadah dan minta dijauhkan daripada bahan terlarang itu.

“Saya cuma makan dua kali sehari dalam jumlah yang kecil. 

“Saya juga tidak makan pada waktu malam dan hanya ambil buah-buahan,” kata Andi, dalam laman web Harian Metro.

Ditanya lebih lanjut mengenai sebab penurunan berat badan, kata Andi, beliau memutuskan untuk menjaga pemakanan selepas menerima teguran daripada pihak penerbitan sebelum ini.

“Saya menurunkan berat badan demi menjaga penampilan diri. 

“Saya kurus juga untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

“Sebelum ini, saya gemuk sampai dagu pun nampak berlapis ketika penggambaran pada tahun lalu (2024),” katanya lagi.

Mengenai kecederaan kakinya pula, penyanyi lagu Satu Peluang itu berkongsi beliau terjatuh dalam satu peristiwa yang berlaku sekitar Mei lalu.

“Saya sedang ada masalah dengan kaki selepas terjatuh sebanyak tiga kali. 

“Sejak kejadian itu, kaki saya memang sudah tidak kuat seperti dulu.

“Sebab itu, saya mula berjinak-jinak dengan sukan ‘pickleball’ kerana mahu kuatkan semula kaki,” ujar Andi, yang mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan melalui berdrama bersiri, Melastik Ke Hatimu.

Terdahulu, perubahan fizikal Andi yang kurus mendapat perhatian netizen di laman media sosial selepas beliau berkongsi kegiatan bermain bola pikel bersama rakan-rakannya.

Namun begitu, dalam satu perkongsian menerusi Instagram Story, Andi tampil memberi penjelasan mengenai penurunan berat badannya yang berlaku disebabkan menjaga pemakanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg