Hiburan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Artis kumpul dana untuk penyanyi Zaleha Hamid yang uzur

Mar 6, 2020 | 9:15 AM
DISERANG ANGIN AHMAR: Penyanyi Zaleha Hamid kini uzur dan terlantar di katil selepas diserang angin ahmar.
DISERANG ANGIN AHMAR: Penyanyi Zaleha Hamid kini uzur dan terlantar di katil selepas diserang angin ahmar. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Beberapa artis sedang bergabung tenaga untuk mengadakan persembahan amal bagi penyanyi veteran era 1980-an, Zaleha Hamid, yang uzur dan terlantar di katil.

Persembahan nyanyian bagi mengumpul dana untuk membantu Zaleha, 65 tahun, itu dijangka berlangsung pada 11 April depan di Pangkalan Balak, Kuala Sungai Baru Melaka, lapor Harian Metro.

Salah seorang penyanyi dalam persembahan amal itu, Sheeda berkata penganjur iaitu Five Gold Stars Production membuat jualan meja kepada pihak berminat memberikan sumbangan.

"Selepas mengetahui Zaleha sakit, kami barisan penyanyi dangdut berbincang untuk mengadakan persembahan amal untuk mengumpul bantuan kewangan untuknya

"Apatah lagi, Zaleha pernah membina kerjaya nyanyiannya yang kukuh di negara ini dan Singapura. Selain, dia juga antara perintis awal bagi muzik dangdut di Malaysia," kata Sheeda, penyanyi dangdut.

Baca laporan lepas:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg