Sejak kecil, bakat muda, BANIE, sering membayangkan dirinya mengenakan kot putih sambil bekerja di makmal, seiring dengan kecintaannya terhadap bidang sains.

Namun begitu, di sebalik kesungguhannya membina kerjaya sebagai teknisyen kawalan mutu, BANIE, atau nama sebenarnya, Nur Hanani Nordin, 22 tahun, mengambil keputusan berani untuk meninggalkan pekerjaan itu demi mengejar impian di pentas Anugerah 2026, anjuran Mediacorp Suria.